editor-media

editor-media

Perutusan Hari Wanita Antarabangsa 8 Mac 2019

Oleh Nor Azura Kamarudin Sohami Naib Presiden HELWA ABIM 

HELWA ABIM dengan sukacitanya mengucapkan Selamat Hari Wanita Antarabangsa 2019 kepada seluruh wanita di Malaysia. Tarikh 8 Mac saban tahun diraikan segenap wanita seluruh pelusuk dunia bagi mengangkat pengiktirafan bagi setiap kejayaan wanita dan menghargai peranan dan pengorbanannya dalam pelbagai bidang. Tema sambutan International Womens Day pada tahun 2019 dinamakan ‘Balance for Better’ (Seimbang untuk Lebih Sejahtera) dan United Nation pula menetapkan slogan ‘Think equal, build smart, innovate for change’ (Fikir secara saksama, bina dengan bijaksana, inovasi untuk perubahan).

Istilah kesaksamaan membawa pengertian seimbang, setimpal, setara, sebanding dan sama rata. Kesamaan, keserataan dan keseimbangan ini mencakupi makna yang dihasratkan agar ia diniatkan dan menjadi ruang fikir yang setara antara wanita dan lelaki agar tugas membangunkan generasi dan membina peradaban, membentuk keluarga dan masyarakat sejahtera tidak bergantung kepada satu-satu gender semata-mata; sebaliknya bersifat saling melengkapi (complementary) dan melibatkan tanggungjawab bersama (shared responsibility) antara lelaki dan wanita agar ia menatijahkan hasil yang lebih positif dan memberansangkan dalam era artificial intelligence mula mengadaptasi peranan manusia dalam segenap ruang kehidupan.

Wanita Cerdas, Memimpin Budaya Ilmu dan Mengukuhkan Tradisi Intelektual

Merujuk indeks jurang gender Malaysia 2017, skor sub-indeks pendidikan 1.040 menunjukkan tiada jurang antara lelaki dan wanita, malah pencapaian wanita telah melebihi lelaki. Namun begitu, wujud 1.0 mata peratus perbezaan bagi kadar literasi antara lelaki dan wanita. Hal ini menunjukkan, peluang bagi wanita Malaysia dalam sektor pendidikan terbuka luas dan ini jelas dilihat pada statistik bilangan pelajar wanita, guru dan pensyarah wanita. Malah bilangan kehadiran peserta wanita dalam pelbagai program ilmu sama ada yang bersifat antarabangsa mahupun tempatan, iaitu di daerah dan kampung juga tinggi. Namun begitu, perbezaan kadar literasi antara wanita dan lelaki menunjukkan keperluan meningkatkan program literasi bagi wanita khususnya kepada masyarakat pedalaman seperti di Sabah dan Sarawak, serta orang asal (asli).

Era Malaysia Baharu harusnya meletakkan tanda aras baharu; sudah sampai masanya wanita perlu memimpin amalan budaya ilmu dan terus mengukuhkan tradisi intelektual dengan memperluaskan bahan bacaan bernilai tinggi, meraikan diskusi bersifat ilmiah dan mencabar minda, wacana yang membuka ruang analitikal, pena’akulan dan refleksi yang lebih efektif dan punya conscience yang tinggi. Wanita dalam keluarga khususnya ibu mahupun suri rumahtangga, dan kanak-kanak perempuan harus dibuka dan diberi peluang literasi dan ekspresi yang sewajarnya. Di sini wujud peranan penting lelaki, bapa dan suami yang memberi kepercayaan, ruang dan peluang kepada wanita dalam keluarga agar berpatisipasi aktif dalam program-program literasi dan keilmuan yang membina jiwa dan minda. Dalam masa yang sama, kaum lelaki juga harus punya kesedaran dan keinginan tinggi untuk meningkatkan tahap keilmuan peribadi seiring dengan ahli keluarga dalam mewujudkan keluarga dan negara yang sejahtera. Kejayaan misi membentuk perubahan kualiti institusi kekeluargaan dan kesejahteraan negara sangat bergantung kepada perubahan kesedaran daya fikir serta sikap lelaki dan wanita khususnya dalam ruang lingkup pendidikan dan keilmuan. Prinsip utamanya ia harus bersifat saling melengkapi (complementary) dan dua kunci utama kejayaaan pelaksanaanya ialah tindakan kolektif dan perkongsian tanggungjawab antara kedua pihak wanita dan lelaki.

Wanita Aktif, Peningkatan Kesihatan Mental dan Pengukuhan Sistem Sokongan.

Pada 2 Mac 2019, booth adab youth garage telah didatangi oleh Y.A.B Dato Menteri Besar Selangor Tuan Haji Amiruddin Saari bagi melihat perkembangan AYG diperingkat negeri Selangor. Terima Kasih diucapkan YAB Dato Menteri Besar atas kehadiran YAB.

Ikuti temubual ringkas bersama Y.A.B Dato Menteri Besar Selangor Tuan Haji Amiruddin Saari di booth Adab youth garage sempena Pesta Buku Selangor 2019. YAB Dato Menteri Besar turut berkongsi pandangan tentang perkembangan AYG yang belia ikuti secara rapat dan juga harapannya agar Adab Youth Garage bersama agensi-agensi kerajaan dapat memberikan impak yang besar dalam membina masyarakat yang lebih produktif dan generasi belia yang dinamik. Temubual ini yang dihoskan oleh Saudara Khairuddin Zahari merupakan Pekerja Belia di Adab Youth Garage Ken Rimba.

Video Temuramah Bersama MB

Alhamdulillah, permulaan awal tahun 2019 digerakkan oleh ABIM Wilayah Persekutuan dengan pengisian “Kesihatan Mental” - Open Mic Picnic (OPIC) @FRIM. Dr Aidh al Qarni menyebut antara cara untuk bahagia adalah dengan mengembara bagi mendapat pengalaman dan kesegaran jiwa.

Slot Open Mic

Page 10 of 273