
Kuala Lumpur, 7 Februari 2025 – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mensasarkan untuk membantu 3,000 orang penerima sempena Ramadan pada tahun ini. Mulai 7 Februari 2025 melancarkan Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) 1446H, sebuah inisiatif tahunan yang bertujuan membantu golongan memerlukan sempena Ramadan. Ramadan adalah bulan penuh keberkatan dan waktu terbaik untuk bersedekah. Tahun ini, kami mengajak anda untuk membantu mereka yang memerlukan melalui pelbagai bentuk sumbangan, termasuk pek makanan, dan bantuan tunai.
Kempen ini, yang telah berlangsung sejak tahun 2006, berfungsi sebagai platform untuk menghubungkan penyumbang dengan penerima, selain menggalakkan semangat kesukarelawanan dalam kalangan masyarakat.

Majlis pelancaran kempen telah disempurnakan oleh YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Dalam ucapannya, beliau menzahirkan sokongan terhadap usaha ABIM dalam memperkukuh budaya kepedulian sosial dan solidariti dalam komuniti.
ABIM menyeru orang ramai untuk turut serta dalam menjayakan kempen ini dengan menyalurkan sumbangan melalui akaun berikut:
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Bank: Bank Islam Malaysia Berhad
No. Akaun: 14023010030552
Rujukan: KSSB1446
Sumbangan juga boleh disalurkan ke pautan infaq ABIM:- https://infaqabim.com/kssb-2/
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Sekretariat ABIM Pusat di talian 016-227 7544.

