
๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐| ๐๐๐๐๐๐| ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
Program Inspirasi Tokoh: HAMKA: “Tasawuf Moden” Dalam Membentuk Jiwa Belia telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Sri Wawasan, Kampung Pimping, Membakut, sebagai salah satu pengisian Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam Nusantara Sabah Kali Ke-13 Tahun 2025.
Seramai 170 peserta terdiri daripada pelajar sekolah menengah sekitar Membakut dan Papar, wakil agensi kerajaan, institusi masjid dan NGO telah mengambil bahagian.

Program menampilkan dua sesi ceramah utama: โLegasi HAMKA: Ulama, Sasterawan & Mujahid Ilmuโ oleh YBhg. Ustaz Mohd Syafiq bin Ismail, Exco Penerbitan ABIM Sabah, dan โTasawuf Moden: Jalan Tengah Menanggapi Hakikat, Antara Jiwa dan Duniaโ oleh YBhg. Tuan Mohammad Fazril bin Mohd Saleh, Pengerusi Institut Kepimpinan Bitara Malaysia.
Acara turut dimeriahkan dengan Kuiz Interaktif: Jejak Jiwa HAMKA dan cabutan bertuah. Majlis dirasmikan oleh YB Datuk Dr. Haji Mohd. Ariffin bin Datuk Haji Arif, JP, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Exco Pendidikan dan Hal Ehwal Islam Sabah. Cenderahati turut disampaikan kepada penceramah serta pemenang kuiz dan cabutan bertuah.

Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat. Semoga program ini terus menjadi inspirasi dalam usaha memperkasakan potensi generasi muda.
