ABIM Pusat Sertai Sesi Libat Urus NAPPCVE, Di Bangi - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

ABIM Pusat Sertai Sesi Libat Urus NAPPCVE, Di Bangi

ABIM PUSAT SERTAI SESI LIBAT URUS NAPPCVE, DI BANGI

18hb November 2021: Alhamdulillah, pimpinan ABIM telah menyertai Sesi Town Hall Bersama Pemegang Taruh Pelan Tindakan Kebangsaan bagi Mencegah dan Menangani Fahaman Pelampau Keganasan (NAPPCVE) 2021 bersama pelbagai Kementerian, Jabatan dan Agensi.

Untuk rekod, ABIM telahpun mempunyai ‘task force’ dalam membawa agenda ‘countering violent extremism (CVE)’, di mana banyak siri dialog serta wacana dianjurkan bersama badan-badan dalam dan luar negara, dalam menentang fahaman ekstremisme.

Malahan, pada 1984, ABIM telah menerbitkan buku “Kebangunan Islam: Di Antara Tantangan Dan Ekstrimisme” (Islamic Awakening between Rejection and Extremism) tulisan Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi pada 1984.

Kenali dan sertai ABIM di sini: https://abim.contactin.bio

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti