Aktivis Muda ABIM Sertai Persidangan Pemimpin Muda Islam OIC Di Istanbul - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Aktivis Muda ABIM Sertai Persidangan Pemimpin Muda Islam OIC Di Istanbul

Alhamdulillah, salah seorang aktivis muda HELWA ABIM, Wan Fadhilah Wan Ibrahim telah menyertai Organisation of Islamic Cooperation (OIC) Young Leaders Summit di Istanbul sepanjang 11-13 April 2016 yang dianjurkan bersama ICYF-DC. “Betapa negara-negara OIC yang lain begitu mengambil berat untuk sama-sama mempertingkatkan kerjasama antara negara Islam dan meningkatkan pimpinan generasi belia. Sekarang inilah waktunya masa yang sesuai untuk belia bergerak lebih aktif dan menonjolkan diri walau di mana sahaja,” jelas Wan Fadhilah yang bertugas di agensi kemanusiaan Global Peace Mission (GPM) Wakil kami sempat juga bertemu pelajar Malaysia dan “merasai” pengalaman menjadi pelajar di Turki. Wan Fadhilah serta delegasi Malaysia juga berkesempatan menemui pelarian Syria yang kebanyakan mereka banyak berkumpul di Mesjid Fatih.