ABIM Pusat

Published in ABIM Pusat

ABIM Hadiri Seminar Risalah An-Nur & Bediuzzaman Said Nursi

May 27, 2012 Hit: 1605 Written by 
ABIM Hadiri Seminar Risalah An-Nur & Bediuzzaman Said Nursi

27 Mei 2012 - Exco Undang-undang ABIM, Saudara Khairul Anwar Ismail sedang menghadiri  Simposium Antarabangsa Bediuzzaman Said Nursi & Risalah an-Nur kali ke-5 di Ankara, Turki. Seminar ini diadakan untuk menghayati ibrah di sebalik perjuangan Bediuzzaman Said Nursi serta karya agungnya, Risalah An-Nur.

Apa yang menarik sempena dengan seminar ini ialah penganjur telah berbesar hati menjemput Ahmad Azam Ab Rahman (Presiden ABIM 1997-2005) untuk turut sama memberikan ucapan aluan setelah majlis dirasmikan oleh Huseyin Celik, Timbalan Pengerusi AK Parti yang mewakili Perdana Menteri Turki; Recep Tayyib Erdogan.

Dalam ucapan aluannya, Tuan Haji Ahmad Azam mengetengahkan signifikasi semangat Ukhuwwah Islamiyyah sepertimana yang ditekankan dalam surah Al-Hujurat (49:10). "Atas nama Ittihad Al-Islamiyyah (Kesatuan Islam) kita semua hadir dari seluruh pelusuk dunia untuk memahami serta menghargai khazanah keilmuan Bediuzzaman Said Nursi menerusi Risalah An-Nur," jelas beliau yang juga merupakan salah seorang exco Kesatuan NGO-NGO Dunia Islam (UNIW) yang berpengkalan di Turki.

Majlis disudahi dengan doa yang dibacakan oleh Hoca Said Nuri dan bacaan ayat suci al-Quran oleh Imam Khatib, Masjid Piyale Pasha, Istanbul; Ishak Danis, dan ditambah dengan dendangan selawat yang menggegarkan stadium oleh para hadirin. Turut membentangkan kertas kerja Tuan Haji Yunus Aminuddin, (The Political and Economical Integration; the Fruits of the Islamic Unity), Ahli Jawatankuasa Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH).

Last modified on Thursday, 12 June 2014 13:26
Read 1605 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

ABIM Rintis Waqaf Tenaga
  5 Mei 2021, Kajang : - ABIM tekankan fokus untuk isu Hijau bukan hanya menyentuh isu ...
Jangan Sampai SOP Raya
  Sumber : Sinar Harian SHAH ALAM - Kerajaan digesa memberi jaminan bahawa tiada amalan ...
Masyarakat Orang Asli
  22hb April 2021 (Khamis): Hari Bumi Sedunia disambut 22hb April setiap tahun. Hari Bumi ...
100 Komuniti OKU
  3hb April 2021 (Jumaat):  Saat hari ini kita menerima suatu pemberian, ada suatu ...
Kosmopolitan Islam Dan
Oleh:- Muhammad Faisal Abdul Aziz                ...
Gagasan Kosmopolitan
  26hb Disember 2020 (Sabtu), GOMBAK - Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ...
Covid-19:- ABIM
  13hb November 2020 (Jumaat): Alhamdulillah, sumbangan 500 set kelengkapan pelindung diri ...

ABIM Negeri

Kempen Seorang Sekampit
Kosmopolitan Islam Dan
Oleh:- Muhammad Faisal Abdul Aziz                ...
Gagasan Kosmopolitan
  26hb Disember 2020 (Sabtu), GOMBAK - Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ...
Covid-19:- ABIM
  13hb November 2020 (Jumaat): Alhamdulillah, sumbangan 500 set kelengkapan pelindung diri ...
Our website is protected by DMC Firewall!