Koperasi Archives - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Koperasi

Sekitar Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Keluarga Besar Jamaah WADAH-ABIM-PKPIM & Agensi di Kompleks Dar al-Hikmah, Kajang

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI KELUARGA BESAR JAMAAH WADAH-ABIM-PKPIM & AGENSI 14hb Mei 2020 (Sabtu): Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Keluarga Jamaah WADAH-ABIM-PKPIM (WAP) dan Agensi di Kompleks dar al-Hikmah (KDH), Jalan ABIM, Sungai Ramal Dalam, Kajang. Para tetamu hadir dari seluruh negara daripada latar belakang yang pelbagai, termasuk gerakan belia, kedutaan serta badan masyarakat madani (CSO). Terima kasih dan tahniah semua! Jazakumullah khayr. Sesungguhnya, kedatangan Aidilfitri melengkapkan lagi fitrah manusia yang inginkan kegembiraan setelah sebulan berpuasa, di sebalik ganjaran yang dijanjikan Allah Subhanahu wa-Ta’ala untuk setiap umatnya yang cekal menjalankan perintah-Nya. Segala puji serta kesyukuran kita panjatkan kepada Allah Subhanahu wa-Ta’ala, kerana dengan izin-Nya jua kita dapat menghirup suasana kemeriahan dalam menyambut bulan Syawal yang mulia ini setelah sempurna melaksanakan kewajipan kita berpuasa di samping mempertingkatkan iman, amal dan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu wa-Ta’ala di sepanjang bulan Ramadan. Marilah kita pergunakan kesempatan pada bulan Syawal sempena Hari Raya Aidilfitri yang Mubarak ini yang mana juga diibaratkan sebagai bulan untuk mengeratkan tali silaturahim.  Islam adalah agama lengkap yang menganjurkan umatnya supaya menghormati dan memberikan layanan yang baik kepada tetamu. Antara amalan adab-adab menghormati tetamu itu ialah menyambut tetamu dengan perasaan gembira dan berwajah manis, kedua menyajikan hidangan yang termampu kepada tetamu dengan erti kata bukan berperasaan riak dan ketiga menghantar tetamu hingga ke pintu rumah dengan diiringi doa. Penghargaan daripada seluruh warga Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) buat semua ahli jawatankuasa penganjur dan para tetamu atas warna warni indah program Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Keluarga Jamaah WAP bersama kita ini. ••• Sumbangan anda amat bermakna. Klik: https://www.billplz.com/kssb1443H atau salurkan ke:Akaun Bank Islam ABIM - 14-023-01-0030552 #A...

Angkat Bahasa Melayu Sebagai Pengantar Kedua Rasmi ASEAN: Indonesia – Malaysia Perlu Sama-Sama Tingkat Persefahaman & Elakkan Polemik

Kenyataan MediaAngkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)6 April 2022 / 4 Ramadan 1443H ANGKAT BAHASA MELAYU SEBAGAI PENGANTAR KEDUA RASMI ASEAN: INDONESIA - MALAYSIA PERLU SAMA-SAMA TINGKAT PERSEFAHAMAN & ELAKKAN POLEMIK Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kenyataan Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Riset, dan Teknologi Indonesia, Nadiem Makarim mengenai usul yang diketengahkan Malaysia untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama ASEAN. ABIM menegaskan bahawa usul dan usaha YAB Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob untuk mengangkat Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi Kedua organisasi tersebut, perlu disambut baik dengan mencari kesepakatan yang untuk sama-sama menempatkan lingua ini pada peranan yang strategik. Ini sejajar dengan fungsi bahasa Melayu sebagai pengantar utama ketika alam Melayu menjadi pusat peradaban kosmopolitan yang memimpin dinamika rantau Asia Tenggara. Selain itu, perlu ditegaskan dalam persuratan Indonesia sebelum Merdeka, bahasa yang digunakan adalah "bahasa Melajoe" (bahasa Melayu dalam ejaan pengaruh Belanda.) Namun, selepas Sumpah Pemuda bertarikh 28 Oktober 1928 maka digunakan nama Bahasa Indonesia dalam pernyataan jati diri tiga serangkai - "Bertanah air yang satu - Negara Indonesia, Berbangsa yang satu - Bangsa Indonesia, Berbahasa yang satu - Bahasa Indonesia". Kenyataan ini juga bersandarkan kepada keputusan nombor 8 Kongres Bahasa Indonesia Kedua yang diadakan di Medan, (28 Oktober - 2 November 1954) yang mengatakan: “Bahwa asal bahasa Indonesia ialah bahasa Melayu, dasar bahasa Indonesia ialah bahasa Melayu yang disesuaikan dengan pertumbuhannya dalam masyarakat Indonesia sekarang”. Penggunaan istilah bahasa Melayu juga sifatnya meluas merentas negara, iaitu digunakan oleh mana-mana rumpun Melayu di mana-mana rantau di dunia ini. Justeru, ABIM menegaskan isu bahasa Melayu seharusnya menjadi medan yang menyatukan warga Alam Melayu. Sebagai jalan tengah untuk mengelakkan polemik serta pertelagahan istilah yang merugikan, antaranya ia boleh diselesaikan dengan penggunaan istilah yang boleh menyatu seperti “Bahasa Melayu – Nusantara”. Di sini pentingnya untuk kita bersama mengangkat semula Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) yang merupakan sebuah badan kebahasaan serantau yang ditubuhkan untuk merancang dan memantau perkembangan bahasa Melayu yang merupakan khazanah kosmopolitan rantau Nusantara. Muhammad Faisal Abdul AzizPresidenAngkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Media StatementMuslim Youth Movement of Malaysia (ABIM)6 April 2022/4 Ramadan 1443H RAISE THE MALAY LANGUAGE AS ASEAN'S SECOND OFFICIAL LANGUAGE: INDONESIA AND MALAYSIA NEED A COMMON UNDERSTANDING TO AVOID POLEMICS. The Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) refers to the statement by the Indonesian Minister of Education, Culture, Research, and Technology, Nadiem Makarim on the proposal put forward by Malaysia to elevate Malay as an official language in ASEAN. ABIM stresses that the proposal and efforts of YAB Prime Minister of Malaysia Dato 'Sri Ismail Sabri Yaakob to elevate Malay as the Second Official Language of the organization should be welcomed, and a strategic role should be agreed upon for this common language. This is in line with how Malay was used as a primary medium when the Malay world was the center of a Southeast Asian cosmopolitan civilization. In addition, it should be emphasized that in Indonesian literature before Merdeka, the language used was "Melajoe language" (Malay in Dutch -influenced spelling.) However, after the Sumpah Permuda dated 28 October 1928, the Indonesian name was used in three series of identity statements - "One homeland - Indonesia, one nation - the Indonesian nation, one language - Indonesian ". This statement is also based on the decision number 8 of the Second Indonesian Language Congress held in Medan, (October 28 - November 2, 1954) which said: "That the origin of the Indonesian language is Malay, the basis of the Indonesian language is the Malay language which is adapted to its growth in Indonesian society today". The use of the term Malay language is also widespread across the country, which is used by any Malay group in any region of the world. Thus, ABIM stresses that the issue of the Malay language should be a language that unites the people of the Malay world. As a middle way to avoid polemics and detrimental conflicts, a combined term such as "Bahasa Melayu - Nusantara" can be used. Here it is important for us to jointly re-establish the Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia Language Council (MABBIM) which is a regional linguistic body established to plan and monitor the development of the Malay language which is a cosmopolitan treasure of our archipelago. Muhammad Faisal Abdul AzizPresidentMuslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) Liputan media berkaitan kenyataan media ABIM berkenaan isu ini: 1. Malaysia-Indonesia Perlu Elak Polemik Isu Bahasa Melayu – ABIM. Baca: https://www.dagangnews.com/malaysia-indonesia-perlu-elak-polemik-isu-bahasa-melayu-abim-14483; 2. Elak polemik, ABIM cadang angkat semula fungsi MABBIM. Baca: https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/196506; 3. ABIM syor guna istilah Bahasa Melayu-Nusantara. Baca: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/04/942904/abim-syor-guna-istilah-bahasa-melayu-nusantara; 4. Bahasa rasmi ASEAN: Guna istilah Bahasa Melayu Nusantara – ABIM. Baca: https://www.suarakeadilan.my/post/bahasa-rasmi-asean-guna-istilah-bahasa-melayu-nusantara-abim; 5. Malaysia-Indonesia perlu sepakat jadikan bahasa Melayu, bahasa pengantar kedua ASEAN – ABIM. Baca: https://malaysiapost.com.my/2022/04/06/malaysia-indonesia-perlu-sepakat-jadikan-bahasa-melayu-bahasa-pengantar-kedua-asean-abim/; 6. ABIM gesa Malaysia, Indonesia duduk semeja martabat...

ABIM Junjung Titah Paduka Seri Sultan Perak: Akan Laksana Pendidikan Demokrasi & Menolak Amalan Rasuah Dalam Kalangan Generasi Muda

Kenyataan Media Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) - 22 Mac 2022 / 19 Syaaban 1443H ABIM JUNJUNG TITAH PADUKA SERI SULTAN PERAK : AKAN LAKSANA PENDIDIKAN DEMOKRASI & MENOLAK AMALAN RASUAH DALAM KALANGAN GENERASI MUDA Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menjunjung tinggi titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah (Sultan Nazrin Muizzuddin Shah), yang menegaskan bahawa anak muda perlu dibimbing dengan program literasi politik agar mereka berupaya memahami erti dan amalan demokrasi yang sihat. ABIM juga menjunjung tinggi titah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang menekankan kepentingan literasi ini untuk mereka membina, memahami sistem kerajaan, sistem pentadbiran, proses pembentukan kerajaan dan elemen-elemen yang wajib dimiliki oleh pemimpin. ABIM komited untuk membimbing generasi muda untuk membina watak generasi masa hadapan dengan teras jati diri bersama nilai-nilai moral yang tinggi. Dalam proses ini ABIM menekankan kesetiaan kepada nilai dan maruah yang akan memimpin kita membina satu kefahaman dan identiti warga yang menolak amalan rasuah serta gejala perkauman sempit. Nilai ini adalah akar kepada keperibadian bangsa Malaysia yang bermaruah dan berintegriti. Dalam masa yang sama juga ABIM akan terus melakukan libat urus bersama pemegang-pemegang taruh lain dalam kalangan ahli politik muda dan warga belia, untuk membawa wacana politik segar yang menolak rasuah serta berorientasi khidmat kepada rakyat. Dalam perkembangan berkaitan, untuk meratakan pendidikan demokrasi dalam kalangan generasi muda, ABIM juga mengusulkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) melalui Akademi SPR untuk bersama badan NGO anak muda untuk menggerakkan inisiatif ini. * Muhammad...

ABIM Gesa Kerajaan Malaysia Tarik Balik Rayuan Terhadap Isu Kewarganegaraan Anak-Anak Yang Dilahirkan Di Luar Negara Oleh Ibu Warga Malaysia

Kenyataan Media ABIM - 22 Mac 2022M / 18 Shaaban 1443H ABIM MENGGESA KERAJAAN MALAYSIA MENARIK BALIK RAYUAN TERHADAP ISU KEWARGANEGARAAN ANAK-ANAK YANG DILAHIRKAN DI LUAR NEGARA OLEH IBU WARGA MALAYSIA Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa kerajaan Malaysia menarik balik rayuan terhadap isu pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warga Malaysia. Hak kewarganegaraan adalah pintu kepada hak mendapatkan pendidikan, perkhidmatan kesihatan dan lain-lain demi mencapai kualiti hidup di tanah air sendiri. ABIM turut ingin menegaskan kekecewaan terhadap kerajaan atas kegagalan nyata dalam mengangkat dan melindungi hak dan martabat wanita sebagai setara dengan lelaki. Kerajaan sebaliknya telah memilih untuk melayan wanita sebagai warganegara kelas kedua dengan menafikan hak mereka untuk memberi kerakyatan buat anak mereka berbanding lelaki. Sedang peratusan populasi wanita adalah separuh dalam negara dan dunia, mana mungkin diberi separuh dari haknya.  Tayangan perdana filem pendek Family Frontiers berjudul Saya Juga Anak Malaysia.  Isu ini tidak melibatkan isu keselamatan atau ancaman kepada negara, sebaliknya memberi kesan besar kepada kesejahteraan keluarga, serta akses kepada perkhidmatan kesihatan dan pendidikan anak-anak. Cabaran para ibu ini turut difilemkan dalam filem pendek ‘Saya Juga Anak Malaysia’ yang telah dilancarkan semasa tayangan umum pertama di PJ Art, pada 20 Mac 2022. Puan Aini, ibu warga Malaysia yang diterampilkan di dalam filem tersebut menyatakan bahawa cabaran terbesarnya ialah membesarkan dua orang anak yang masing-masing memiliki dua kerakyatan berbeza dan berkeperluan khas. “Kebajikan anak saya yang bukan-warganegara bermasalah kerana anak kedua saya bukan warga Malaysia dan tidak memiliki kad OKU, tidak seperti anak pertama saya seorang rakyat Malaysia dan memiliki kad OKU, yang mana ianya penting untuk kemasukan sekolah dan untuk hal-hal kesihatan dan perubatan mereka. Walaupun mereka adik-beradik, saya menghadapi banyak cabaran untuk anak saya yang bukan-warganegara berkeperluan khas. Saya sangat bimbang kerana insuran kesihatan adalah salah satu syarat untuk mendapatkan pas pelajar untuk dia belajar di sekolah kerajaan mahupun swasta”. Menurut Artikel 8, Perlembagaan Persekutuan Malaysia, semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang. Oleh itu, tidak wajar bagi ibu warga Malaysia mengalami pelbagai kepayahan dan dinafikan hak bagi anak-anak mereka yang dilahirkan di luar negara hanya kerana mereka adalah wanita. Keputusan Mahkamah Tinggi pada 27 September 2021 seharusnya diterima dan diimplementasikan sebaik mungkin. Keputusan ini memberi kesan kepada keyakinan diri anak-anak, serta menjamin peluang anak-anak mendapat pendidikan dan perkhidmatan kesihatan yang baik demi masa depan mereka yang lebih baik. https://twitter.com/abimalaysia/status/1506207878994350084 Fatin Nur Majdina Nordin (Naib Presiden ABIM) - Agenda Wanita, Keluarga dan Masyarakat (HELWA). Kerajaan masih belum terlambat untuk menginsafi hal ini dengan menarik balik rayuan mereka sebelum kes ini didengari esok di Mahkamah Rayuan. Tidak bermakna slogan ‘Keluarga Malaysia’ tanpa pembelaan bagi setiap warganya. Pada masa yang sama, ABIM mengajak orang ramai untuk mendirikan solat hajat pada mala mini selepas solat Isya’ khusus bagi mendoakan agar ada keadilan buat ibu-ibu dan anak-anak mereka yang terkesan. * Fatin Nur Majdina Nordin (Naib Presiden ABIM) - Agenda Wanita, Keluarga dan Masyarakat (HELWA) * Adli Zakuan Zairakithnaini (Naib Presiden ABIM) - Agenda Hak Asasi Manusia, Masyarakat Madani dan Kenegaraan (HAMMMKA) #TarikBalikRayuan #SayaJUGAanakMalaysia Media Statement - 22 March 2022M / 18 Shaaban 1443H ABIM URGES THE MALAYSIAN GOVERNMENT TO WITHDRAW ITS APPEAL ON THE ISSUE OF CITIZENSHIP FOR CHILDREN BORN ABROAD TO MALAYSIAN MOTHERS The Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) urges the Malaysian government to withdraw its appeal on the issue of granting Malaysian citizenship to children born abroad to Malaysian mothers. The right to citizenship is the gateway to the right to education, health services, and all other rights necessary for a dignified life in one’s homeland. ABIM is disappointed with the government for its apparent failure to uphold and protect the rights and dignity of women as equal to men. The government has instead chosen to treat women as second-class citizens by denying them the right to grant citizenship to their children as opposed to men. Women make up half the population, and it is not right they only be given half of their rights. Family Frontiers' premiere of a short film titled Saya Juga Anak Malaysia.  These issues do not involve security or threats to the country, but have a major impact on the well-being of families, as well as access to health services and education. The challenge of these mothers was shown in the short film 'Saya Juga Anak Malaysia' which was launched at PJ Live Arts, Jaya One, on March 20th, 2022. Puan Aini, the Malaysian mother featured in the film stated that her biggest challenge was to raise two children who each had two different nationalities and special needs. “The welfare of my non-citizen child is problematic because my second child is not a Malaysian and does not have an OKU card, unlike my first child who is a Malaysian and has an OKU card, which is important for school admission and for health and medical matters. Even though they are siblings, I face many challenges for my non-citizen son with special needs. I am very worried because health insurance is one of the conditions to get a student pass for him to study in government or private schools.” According to Article 8 of the Federal Constitution of Malaysia, all persons are equal before the law and are entitled to equal protection of the law. Therefore, it is not appropriate for Malaysian mothers to experience various difficulties and be denied the rights of their children born abroad just because they are women. The decision of the High Court on 27 September 2021 should be accepted and implemented as best as possible. These issues affect children's self-confidence, as well as determine children's opportunities to get a good education and health services for a better future. https://twitter.com/abimalaysia/status/1506209578958340097 Adli Zakuan Zairakithnaini (Vice President of ABIM) - Agenda for Human Rights, Civil Society and National Affairs (HAMMMKA) It is not too late for the government to do the right thing and withdraw their appeal before the case is heard tomorrow in the Court of Appeal. The slogan 'Keluarga Malaysia' does not mean anything if we do not stand up for all of our citizens, regardless of gender. At the same time, ABIM invites the public to perform a solat hajat tonight after Isya' prayers to pray for justice for the affected mothers and their children. * Fatin Nur Majdina Nordin (Vice President of ABIM) - Women, Family, and Community Agenda (HELWA) * Adli Zakuan Zairakithnaini (Vice President of ABIM) - Agenda for Human Rights, Civil Society and Nat...

Belasungkawa Almarhum Ayahanda Tuan Guru Syeikh Ghazali Hj. Abdullah, Pelopor Taman Asuhan Kanak-kanak Islam ABIM (TASKI ABIM)

Belasungkawa Almarhum Ayahanda Tuan Guru Syeikh Ghazali Hj. Abdullah, Pelopor Taman Asuhan Kanak-kanak Islam ABIM (TASKI ABIM) Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merakamkan ucapan takziah di atas pemergian Almarhum Ayahanda Tuan Guru Syeikh Ghazali Bin Abdullah (1943-2021), Syeikhul Maahad, Maahad Tarbiah Islamiyah, Derang yang telah meningggal dunia pada 15hb Jamadil Awwal 1443H/20hb Disember 2021M, Jam: 3:35 petang. Mantan Yang Dipertua ABIM Kedah ke-5 bersama Almarhum Syeikh Ni’amat Yusoff merupakan antara pengasas Taman Asuhan Kanak-kanak Islam ABIM (TASKI) yang telah diusahakan sejak 1975-1979. Sesungguhnya jasa beliau di dalam dakwah khususnya berkait pendidikan amat besar, terutamanya di dalam penubuhan TASKI ABIM yang berkembang ke seluruh negara, sehingga ke Sabah dan Sarawak. TASKI terbina daripada keringat petugas-petugas ABIM sejak tahun 1970an lagi. Tanpa menghampakan keperluan intitusi pendidikan awal kanak-kanak yang Islamik, ABIM mencorak langkah menyediakan TASKI sebagai pilihan umat, sebagai tentatif dalam sistem pendidikan prasekolah yang ada. Banyak ranjau, onak berduri dan cabaran bagi merealisasikan keberadaan TASKI di tengah-tengah masyarakat yang dahagakan pendidikan Islam.  Maahad Derang kehilangan lagi tokoh utama yang menaungi pergerakan dan perjalanan Maahad. Kehilangan ini pastinya amat dirasai oleh seluruh warga Maahad Derang dan ahli keluarga. Petikan ucapan Almarhum Syeikh Ni’amat pada tahun 2003 berkenaan Almarhum Syeikh Ghazali: “...Kemudian orang kedua, sejak daripada ABIM lagi, sebelum ABIM lagi ialah Ustaz Ghazali (bin Abdullah). Ustaz Ghazali ini, saya pun tak tahu nak khabar. Bukanlah berkawan, satu sekolah pun tidak. Masa saya duduk mengajar Tikam Batu dia masih budak sekolah lagi. Dan pada masa itu saya cuba telah tertarik dengan dia, perasan dia tak tahu, berasa macam ada benda dekat dia ni, sesuatu yang rasanya boleh cukup sesuai dengan saya, berkawan, sejak itu sampailah akhirnya dia masuk sekolah berkawan dengan adik saya di Nilam Puri, Ustaz Roshidi, terus berjumpa tanya khabar dan rasanya dia ni boleh jadi sahabat, sampailah akhirnya, apabila saya kempen sikit masuk ABIM dia pun masuk, haa tang tu kira cukuplah, disitulah mula pendampingan.. Lepas itu, oleh kerana itulah sampailah akhirnya, rupanya sungguh, Allah Ta’ala telah merealisasikan segala impian, hasrat dan juga ramalan saya, rasa saya tu tidak berbohong, sampailah beliau orang yang sentiasa berdamping dengan saya terutama dalam masalah-masalah pendidikan, daripada permulaan TASKI tu, Allah, TASKI ni orang tak nampak jalan langsung. Apa nak buat Taman Islam, apa? Taman Asuhan Kanak-kanak Islam ni, yang corak cari kurikulum ni, apa semua, kita buat atas kerjasama yang cukup erat daripada Ustaz Ghazali sampailah akhirnya beliau telah berjaya menjadi contoh, TASKI yang ada di Pendang ni menjadi contoh kepada semua TASKI, dan beliau terus memegang teraju TASKI beberapa lama, dan akhirnya hendak tubuh Derang ini pun beliau adalah orang yang barisan pertama juga yang turut memikirkan, turut menggerakkan dan turut menggembelingkan, sampai anak-anak murid TASKI dia itulah sebagai asas kepada penubuhan Derang ini. Alhamdulillah, apa pun keadaan, sama ada, di tengah jalan ka, sut ka (berkesudahan ka), maknanya dengan orang-orang ini telah banyak merakamkan cita-cita kita, hasrat kita dengan kejayaan-kejayaan yang boleh dibanggakan.” Ustaz Ni’amat bersama rakan-rakan seperjuangannya seperti Ustaz Ghazali Abdullah mula merangka kurikulum kursus perguruan TASKI sejak tahun 1975-1979 lagi. Kempen untuk mendapatkan calon-calon guru TASKI untuk diberi latihan, telah dijalankan oleh ABIM, khususnya Ustaz Ni’amat sendiri dengan kerjasama dan sokongan kuat daripada PPINK. ABIM amat mementingkan pendidikn sejak dari awal ditubuhkan. Pada peringkat kebangsaan, Dr. Abd. Rahman Quraish diamanahkn mnerajui Biro Pendidikan. Seperti juga di negeri-negeri lain, Ketua Biro Pendidikan ABIM Kedah ialah Almarhum Ustaz Ghazali sendiri. Sekitar 1985, kepimpinannya amat terserlah bila orang hendak menghantar anak ke taman asuhan mana? TASKA KEMAS atau TASKI ABIM? Ramai yang memilih TASKA KEMAS kerana yurannya jauh lebih rendah berbnding TASKI ABIM. TASKA punya bangunan dan prasarana yang baik. TASKI mnumpang surau dan masjid. TASKA projek krajaan, manakala TASKI projek ABIM. Namun penerimaan masyarakat terhadap ABIM agak menonjol sehingga ada kalangan yang melabelkan TASKI ABIM ialah ‘Sekolah Ustaz Ghazali’. Pernah ada yang mendengar perbualn di khalayak: “Anak hantar pi tadika mana?” Jawab seorang itu: “Uhh… saya hantar anak saya pi sekolah Ustaz Ghazali ja…” Demikian sinonimnya TASKI ABIM melakari pendidikan di bawah pimpinan Ustaz Ghazali. Semoga Allah Subhanahu wa-Ta’ala menerima segala pengorbanan dan tribulasi yang dilaluinya sebgai ibadah dan mendapat timbangan sebagai amalan yang soleh di Akhirat nanti. Allahummaghfirlahu warhamu wa ‘afihi wa’fu’anhu. InnaliLlahi wainna ilayhi ...

Islamic Outreach ABIM Centre Lancar 135 Kotak Terrarium Sayur Organik di PPR Pinggiran Bukit Jalil, Galakkan Orang Ramai Berkebun Sendiri

ISLAMIC OUTREACH ABIM CENTRE LANCAR 135 KOTAK TERRARIUM SAYUR ORGANIK DI PPR PINGGIRAN BUKIT JALIL, GALAKKAN ORANG RAMAI BERKEBUN SENDIRI 20hb November 2021 (Ahad): Alhamdulillah, menyedari kesan Wabak COVID 19 keatas miskin bandar, Islamic Outreach ABIM Centre (IOAC) dengan kolaborasi Surau Al-Mustaqim, PPR Pinggiran Bukit Jalil, telah mengambil inisiatif melancarkan 135 kotak terrarium IOAC dengan nilai keseluruhan RM24,300 di bawah penajaan PPB Group Berhad. Juga dianjurkan, majlis graduasi kepada 13 orang pekebun awal yang telah lengkap tempoh 3 bulan, di bawah seliaan Unit ASNAF Community Development Program IOAC. Menyedari kos sayuran tinggi khasiat seperti makan organik adalah tinggi dan diluar kemampuan golongan B40, IOAC telah melakukan kerjasama dengan PWD Smart Farmability Enterprise bagi membekalkan sayur-sayuran melalui kotak-kotak terarrium sayur yang digelar “Kotak Harapan.” Kotak-kotak ini hanya memerlukan siraman dua kali seminggu, tidak memrlukan baja atau racun serangga, penjagaan yang minimum, sifar kos dan boleh berterusan menghasikan tuaian untuk tempoh anggaran dua tahun. Di samping itu, 30 ekor ikan talapia merah diagihkan kepada para hadirin. Rata-rata yang hadir adalah pekebun dan bakal pekebun hijau IOAC. Sehari sebelum itu, 90 pek sayur kangkung organik telah diagihkan. Seiring dengan perkembangan kemajuan dalam teknologi agrikultur, orang ramai kini boleh mendapatkan sayuran bernutrisi, organik dan segar dengan begitu mudah dari kediaman masing-masing. Kenali dan sertai ABIM di sini:...

Naib Presiden ABIM Dijemput Sebagai Mentor / Pakar Kandungan (Content Expert) Bagi Bengkel Belia Technology & Innovation in Building & Enhancing Resilience’ (TIBER), Di Kuala Lumpur

NAIB PRESIDEN ABIM DIJEMPUT SEBAGAI MENTOR / PAKAR KANDUNGAN (CONTENT EXPERT) BAGI BENGKEL BELIA TECHNOLOGY & INNOVATION IN BUILDING & ENHANCING RESILIENCE’ (TIBER), DI KUALA LUMPUR 11hb November 2021: Alhamdulillah, Sdra Zairudin Hashim (Naib Presiden ABIM) telah diundang sebagai mentor/pakar kandungan (content expert) dalam bengkel belia bertajuk ‘Technology & Innovation in Building & Enhancing Resilience’ (TIBER) bertempat di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur. Program dianjurkan oleh Bahagian Komunikasi Strategik Digital (BKSD), Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT), sebuah agensi di bawah Kementerian Luar. Objektif utama bengkel ini adalah untuk meningkatkan kesedaran para belia berhubung ancaman keganasan ekstremisme dan radikalisme melalui penghasilan naratif-naratif balas bertemakan 'Digital Resilience'. Bengkel ini disasarkan kepada pelajar daripada institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Untuk rekod, ABIM telahpun mempunyai ‘task force’ dalam membawa agenda ‘countering violent extremism (CVE)’, di mana banyak siri dialog serta wacana dianjurkan bersama badan-badan dalam dan luar negara, dalam menentang fahaman ekstremisme. Malahan, pada 1984, ABIM telah menerbitkan buku “Kebangunan Islam: Di Antara Tantangan Dan Ekstrimisme” (Isla...

MASALAH PENGANGGURAN DALAM KALANGAN GRADUAN DI MALAYSIA (Kemampuan graduan bertahan dalam syarikat sangat rendah, punca pengangguran)

Oleh: NUR AFFIZAH BINTI ROSLAN (Aktivis ABIM Sandakan) Kesukaran graduan bertahan di dalam syarikat dalam tempoh beberapa bulan menyebabkan ada majikan yang tidak berminat untuk mendapatkan khidmat mereka. Lebih memburukkan, syarikat kecil yang sering menjadi ‘mangsa’ dengan perangai graduan tersebut menyebabkan majikan terpaksa menganggung kerugian selepas mengeluarkan kos latihan bagi memberi peluang mereka memperoleh pengetahuan selok belok dunia perkerjaan serta kemahiran. Hal ini menyebabkan majikan lebih berminat untuk mengambil perkerja yang lebih berpengalaman yang hampir tidak perlu diberikan latihan dan boleh melakukan kerja dengan serta-merta. Malah, kenyataan itu turut disokong dengan kemampuan dan kesetian pekerja berpengalaman untuk berada lebih lama dalam sesebuah syarikat yang lebih memberikan pulangan kepada majikan. Menurut Penolong Pengarah Unit Komunikasi Jabatan Penerangan, Amirul Alif Nasaruddin, lepasan universiti perlu mengubah tahap pemikiran mereka dan menjadi seorang perkerja yang mahu menambah pengalaman dan bukan hanya menjadikan pekerjaan awal sebagai batu loncatan untuk mencari peluang kerja yang lebih baik. Hal ini kata beliau disebabkan, kajian mendapati sesetengah graduan suka mencari dua atau tiga syarikat dalam setahun untuk berkerja. “Walaupun baik untuk mencari pengalaman, namun ia akan menimbulkan keadaan negatif pada mereka dalam mencari kerja tetap pada masa akan datang.  “Graduan ketika dilihat terdesak dengan bebanan hutang yang menyebabkan mereka sanggup berkerja luar bidang demi mendapat wang dan memenuhi kehendak dan keperluan harian,” kata Amirul Alif. Malah kata beliau, trend melalui portal info SPA juga menunjukkan graduan sanggup memohon kerja dengan menggunakan SPM, STPM atau diploma disebabkan ia lebih banyak memberikan peluang perkerjaan berbanding jika menggunakan ijazah dalam mencari kerja. Apa pun kata Amirul Alif, kerajaan ketika ini telah melakukan sehabis baik untuk graduan dengan mewujudkan MyStep, bagi membolehkan lepasan universti mencari peluang perkerjaan sesuai kelayakan mereka. Malah kata beliau, melalui MyStep, kerjasama kerajaan dan swasta banyak membantu memberikan kerja walaupun secara kontrak dengan taraf gaji dan kelebihan diberikan lebih sesuai. “Kewujudan inisiatif MyStep ini juga banyak membantu usaha kerajaan bagi mengelakkan masalah ini berpanjangan. Walaupun ada graduan yang tidak mendapat kerja, mereka tetap mempunyai peluang  menggunakan inisiatif kerajaan yang lain,” katanya. Kata Amirul Alif  lagi, seseorang yang ingin melanjutkan pelajaran di mana-mana peringkat pengajian perlu mengkaji ruang dan peluang bagi membolehkan mereka mengisi pekerjaan yang terbentang luas selepas keluar dar...