ABIM Negeri Archives - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Berita Aktiviti

ABIM Negeri

Sekitar Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Keluarga Besar Jamaah WADAH-ABIM-PKPIM & Agensi di Kompleks Dar al-Hikmah, Kajang

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI KELUARGA BESAR JAMAAH WADAH-ABIM-PKPIM & AGENSI 14hb Mei 2020 (Sabtu): Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Keluarga Jamaah WADAH-ABIM-PKPIM (WAP) dan Agensi di Kompleks dar al-Hikmah (KDH), Jalan ABIM, Sungai Ramal Dalam, Kajang. Para tetamu hadir dari seluruh negara daripada latar belakang yang pelbagai, termasuk gerakan belia, kedutaan serta badan masyarakat madani (CSO). Terima kasih dan tahniah semua! Jazakumullah khayr. Sesungguhnya, kedatangan Aidilfitri melengkapkan lagi fitrah manusia yang inginkan kegembiraan setelah sebulan berpuasa, di sebalik ganjaran yang dijanjikan Allah Subhanahu wa-Ta’ala untuk setiap umatnya yang cekal menjalankan perintah-Nya. Segala puji serta kesyukuran kita panjatkan kepada Allah Subhanahu wa-Ta’ala, kerana dengan izin-Nya jua kita dapat menghirup suasana kemeriahan dalam menyambut bulan Syawal yang mulia ini setelah sempurna melaksanakan kewajipan kita berpuasa di samping mempertingkatkan iman, amal dan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu wa-Ta’ala di sepanjang bulan Ramadan. Marilah kita pergunakan kesempatan pada bulan Syawal sempena Hari Raya Aidilfitri yang Mubarak ini yang mana juga diibaratkan sebagai bulan untuk mengeratkan tali silaturahim.  Islam adalah agama lengkap yang menganjurkan umatnya supaya menghormati dan memberikan layanan yang baik kepada tetamu. Antara amalan adab-adab menghormati tetamu itu ialah menyambut tetamu dengan perasaan gembira dan berwajah manis, kedua menyajikan hidangan yang termampu kepada tetamu dengan erti kata bukan berperasaan riak dan ketiga menghantar tetamu hingga ke pintu rumah dengan diiringi doa. Penghargaan daripada seluruh warga Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) buat semua ahli jawatankuasa penganjur dan para tetamu atas warna warni indah program Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Keluarga Jamaah WAP bersama kita ini. ••• Sumbangan anda amat bermakna. Klik: https://www.billplz.com/kssb1443H atau salurkan ke:Akaun Bank Islam ABIM - 14-023-01-0030552 #A...