Exco ABIM Sandakan Diiktiraf Johan Bagi Kategori Individu Wanita APBN 2021, di Kota Kinabalu
EXCO ABIM SANDAKAN DIIKTIRAF JOHAN BAGI KATEGORI INDIVIDU WANITA APBN 2021, DI KOTA KINABALU
6hb November 2021: Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengucapkan tahniah dan syabas kepada Sdri. Nur Fitriyati binti Bakri, Exco Pembangunan Belia ABIM Sandakan yang dinobat sebagai Johan Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Sabah 2021 bagi Kategori Individu Wanita.
Beliau merupakan Pengasas Teknologi Start-Up ARAS Premiere PLT (Penerima dana Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC), MOSTI); Pemangku Pengerusi – MyCorps Alumni Pengasas Bersama – Bunga Pads (Produk Tuala Wanita Guna Semula); dan Jawatankuasa Antarabangsa & SDG Majlis Belia Malaysia.
Majlis perasmian disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah di Dewan Sipadan III, Sabah International Convention Centre (SICC).
Semoga kejayaan ini memberi inspirasi kepada seluruh belia di Sabah untuk mencontohi kepimpinan serta kesungguhan beliau dalam menggerakkan pertubuhan belia. Juga, semoga beliau dapat mengekalkan momentum kejayaan serta meningkatkan usaha ke arah mencapai misi dan matlamat organisasi pada masa hadapan.
Kenali dan sertai ABIM di sini: https://abim.contactin.bio
#MenggerakBelia #DekadIniDekadAnda #ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti