angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

sekeretariat ABIM pusat

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ialah sebuah Badan Masyarakat Madani (CSO) yang mewakili pergerakan belia Islam di Malaysia. ABIM telah ditubuhkan pada 6hb Ogos 1971 di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pengerusi penaja penubuhannya ialah Ustaz Abdul Wahab Abdullah (Almarhum) dan Setiausahanya ialah Sdr. Fauzi Abdul Rahman (Dato’). Pada 17 Ogos 1972, ABIM telah didaftarkan secara rasmi dibawah Akta Pertubuhan 1966. Manakala pada tahun 2009, setelah pihak kerajaan membuat semakan terhadap dasar belia negara, ABIM telah didaftarkan penubuhannya dibawah Akta Pertubuhan-pertubuhan Belia 2007.

ABIM merupakan Pemenang Anugerah Penarafan 5 Bintang dari Kementerian Belia & Sukan (KBS) pada 2013, 2014, 2018 dan 2019; Anugerah Maulidur Rasul bagi kategori NGO Islam Terbaik dari Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) pada 2018; serta 3 buah Anugerah daripada Gabungan Jawatankuasa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam (ACCIN) menerusi Kategori NGO Aktif; Kategori Program Terbaik (RTD Uighur); serta Kategori Modul Dakwah – Islamic Outreach ABIM (IOA).

Bahagian Urusan Gerakan dan Pemerkasaan Organisasi

Sekretariat ini ditadbir oleh Setiausaha Agung, berperanan menyelaras setiap program serta aktiviti yang digerakkan oleh SAP. Di samping itu, SAP merupakan pusat pertukaran serta penyaluran informasi kepada ahli-ahli selain menawarkan perkhidmatan komuniti kepada masyarakat. Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan sila hubungi: 03-41084500

Bahagian Antarabangsa dan Alam Sekitar

Bahagian ini pula memainkan peranan strategik memberikan respon terhadap suasana konflik antarabangsa dengan tumpuan kepada rantau Asia Tenggara. Selain itu, ia menyalurkan bantuan kemanusiaan di samping meneruskan aktiviti bantuan ke negara-negara seperti Bosnia-Herzegovina, Uzbekistan, Iraq, Afghanistan, Chechnya, Acheh dan Padang.

Bahagian Hal Ehwal Wanita Islam (HELWA)

Bahagian ini diletakkan di bawah pimpinan Naib Presiden (Wanita). HELWA (Hal Ehwal Wanita) ABIM berperanan mengatur aktiviti kewanitaan, kekluargaan, kebajikan dan menjana penyertaan aktif ahli-ahli wanita dalam program ABIM termasuk memperjuangkan isu-isu kewanitaan yang memerlukan pembelaan di pelbagai peringkat.

Bahagian Kewangan

Bahagian yang diketuai oleh Setiausaha Kewangan ini ditubuhkan bagi menyelaras dan memusatkan semua urusan kewangan dan penyaluran dana bagi pelaksanaan program-program dakwah ABIM.

Laman web rasmi ABIM (www.abim.org.my) merupakan ruang yang disediakan untuk setiap ahli serta setiap anggota masyarakat untuk mengetahui pendirian terkini dan pandangan ABIM dalam isu-isu semasa. Di samping itu, ia juga bertindak sebagai medium penyebaran maklumat berkenaan dengan perkembangan ABIM serta setiap aktiviti dan program yang dijalankan.

Let's get in touch

We're open for any suggestion or just to have a chat.
Tel: +603 - 4108 4500 Fax: +603 - 4018 2400
Email: sap@abim.org.my
SEKERETARIAT ABIM PUSAT no. 6, jalan TC2A/2 taman cemerlang 53100 kuala lumpur

terus tenang

& jom

sertai