ABIM Sambut Baik Kawalan Penjualan Arak di Kedai Runcit dan Serbaneka Awam - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

ABIM Sambut Baik Kawalan Penjualan Arak di Kedai Runcit dan Serbaneka Awam

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kepada arahan terbaharu yang
dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung larangan penjualan
arak di kedai runcit dan kedai serbaneka yang bermula pada Oktober 2021.

ABIM berpandangan larangan ini adalah sebahagian dari solusi kepada masalah
gejala sosial yang semakin membimbangkan. Ini termasuklah gejala kes pemandu
mabuk yang berleluasa yang meragut nyawa pengguna jalan raya yang lain.

ABIM merujuk kepada contoh penguatkuasaan undang-undang di negara lain
seperti Australia, United Kingdom dan Singapura yang meletakkan syarat yang lebih
ketat berhubung penjualan arak ini.

Justeru, ABIM melihat ada keperluan untuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lain
untuk mempertimbangkan mekanisme kawalan yang sama bagi membendung isu
sosial yang dinyatakan.

Walaubagaimana pun, ABIM menggesa kawalan ini dibuat dengan mekanisme
terbaik yang tidak membawa kepada permasalahan lain seperti penjualan arak
tanpa lesen yang berleluasa dan sebagainya.

Zairudin Hashim,

Naib Presiden ABIM.