ABIM KECAM VIDEO PROMOSI PERJUDIAN CEMARI KESUCIAN AIDILFITRI & TINDAKAN PUKUL PENGAWAL PERIBADI KERANA BERPUASA
- Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang berat video perjudian
yang dibuat bertema sambutan Hari Raya Aidilfitri. - ABIM merujuk kepada iklan yang disiarkan laman perjudian GD Bet333 yang
telah tular dalam kalangan masyarakat menerusi pelbagai medium media
sosial. - ABIM menilai penerbitan video tersebut sebagai usaha pihak tertentu untuk
menormalisasikan secara terbuka aktiviti perjudian yang diharamkan dalam
Islam. - Normalisasi sebegini amat membimbangkan apatah lagi umat Islam turut
dikejutkan dengan laporan berita dua pengawal peribadi dipukul sehingga
cedera oleh majikan mereka kerana berpuasa. - Kedua-dua keadaan ini amat membimbangkan kerana ia tidak pernah
dilaporkan berlaku sebelum ini.
- ABIM melihat ini menggambarkan seolah-olah berlaku trend peningkatan isu-
isu yang menyentuh sensitiviti umat Islam dan memberi gambaran bahawa kerajaan gagal bertindak dengan tegas menegakkan serta mempertahankan syiar Islam di negara ini.
- Ketegasan ini penting agar kesucian Islam tidak hanya slogan retorik untuk
memainkan perasaan umat Islam semata-mata. - ABIM menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat serta mengambil tindakan
serius berhubung dua perkara ini, memandangkan ia membabitkan sensitiviti
umat Islam serta kesucian bulan Ramadan. - ABIM juga mengajak masyarakat untuk melaporkan sebarang salah laku atau
pencanggahan hak asasi manusia, kepada pihak berkuasa. - ABIM mengambil kesempatan ini untuk menasihati orang ramai agar tidak
melibatkan isu perkauman sempit mahupun menyebar sebarang provokasi
yang boleh menyentuh sensitiviti serta menjejaskan keharmonian antara
masyarakat Malaysia.
Zairudin Hashim,
Naib Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).