ABIM NYATAKAN SOKONGAN KEPADA PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN (PICK) - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

ABIM NYATAKAN SOKONGAN KEPADA PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN (PICK)

  1. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyatakan sokongan kepada Program
    Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dilaksanakan secara bersama oleh
    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
    (MOSTI).
  2. Sejelasnya, vaksin adalah antara senjata ampuh yang penting dalam melawan
    pandemik COVID-19 bukan sahaja di negara ini, malah di seluruh dunia. Pencegahan
    penyakit berjangkit menggunakan vaksin adalah satu kaedah yang terbukti berkesan dan
    berjaya dilaksanakan untuk pelbagai penyakit berjangkit lain seperti cacar, campak dan
    polio.
  3. Keberkesanan vaksin yang sangat tinggi (kebanyakkan melebihi 90%) daripada
    pelbagai pembuat vaksin juga telah terbukti dengan ujian klinikal (clinical trials) kepada
    puluhan ribu orang subjek ujian. Ini mengukuhkan keyakinan bahawa vaksin ini boleh
    menjadi alat utama dalam mencegah jangkitan COVID-19.
  1. Kesan sampingan vaksin COVID-19 ini adalah amatlah kecil jika dibandingkan dengan
    kebaikan yang dibawa, sesuai dengan prinsip Maqasid Syariah – “hifzun-nafs”
    (melindungi nyawa). Sememangnya mudarat daripada jangkitan COVID-19 adalah jauh
    lebih besar dan berbahaya.
  2. Dengan ini ABIM ingin mempelawa rakyat Malaysia, daripada semua golongan
    khususnya golongan yang berisiko untuk mendaftarkan diri dalam Program Imunisasi
    COVID-19 Kebangsaan (PICK) dan mengambil vaksin tersebut.
  3. Setiap daripada kalangan kita yang menerima imunisasi bukan sahaja melindungi diri,
    malah melindungi mereka di sekeliling kita.
  4. ABIM sebagai sebuah gerakan ilmu dan bakti akan turut sama membantu dan
    mempromosikan usaha ini kepada seluruh rakyat Malaysia.

DR. ZAFRI ISMADI MOHD ANIS,

Ketua Biro Kesihatan ABIM (BKA).