angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

ABIM SAMBUT BAIK KEBENARAN JURURAWAT HOSPITAL AWAM SINGAPURA BERTUDUNG

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut baik pengumuman Perdana
Menteri Singapura TYT Lee Hsien Loong sempena Rapat Umum Hari Kebangsaan
Singapura 2021 yang membenarkan jururawat hospital awam memakai tudung.


ABIM menghargai pembaharuan terbaru ini sebagai usaha bersama memupuk
keharmonian antara kaum dan agama di rantau Asia Tenggara.


ABIM menegaskan perpaduan kaum dan agama harus dipupuk oleh semua pihak
menerusi langkah saling hormat menghormati antara satu sama lain terutama
berkenaan ajaran agama serta amalan kebudayaan yang diwarisi kelompok etnik
masing-masing.


ABIM juga optimistik untuk berkerjasama dengan semua pihak untuk membawa
kembali naratif hidup damai antara masyarakat di rantau ini yang sejak dahulunya
kaya dengan semangat muhibbah dan saling hormat memghormati berteraskan ciri
kosmopolitan unik.


Muhammad Faisal Abdul Aziz
Presiden
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)