ABIM SERU SELURUH PIHAK BERSAMA HULUR BANTUAN UNTUK SISTEM KESIHATAN NEGARA
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sistem
kesihatan negara bakal lumpuh jika tidak berlaku pengurangan kes Covid-19.
Semalam KKM nyatakan Kes Covid-19 meningkat lagi mencecah angka 8,868 kes
baharu. Dalam masa sama petugas Barisan Hadapan semakin hari semakin penat
disebabkan kekurangan tenaga kerja. Selain itu kekurangan peralatan perubatan
dan ruang hospital juga menyebabkan sistem Kesihatan kita boleh lumpuh bila-bila
masa.
Maka, ABIM bersama GPM, ACCIN dan pertubuhan pelbagai agama khususnya
Pertubuhan Buddhist Tzu-Chi Malaysia serta pimpinan 20 NGO pelbagai agama
atas semangat #BangsaMalaysia menggerakkan kempen mengumpul dana untuk
membekalkan peralatan dan keperluan hospital. Setakat ini kami telah membekalkan
keperluan utama di beberapa Hospital seperti Hospital Kuala Lumpur, Hospital
Ampang, Hospital Selayang, Hospital Klang dan lain-lain.
Ini adalah usaha bersama NGO atas semangat #RakyatJagaRakyat untuk
menyatukan seluruh rakyat untuk kita saling bantu apa yang terdaya untuk
mendukung sistem kesihatan negara. Antara jenis bantuan yang digerakkan adalah –
ICU Ventilator, Portable Ventilator, High Floor Nasal Cannula, Bed Hospital, ICU
Bed, Syringe Pump, Infusion Pump, N95 Mask dan lain-lain.
Justeru, seluruh pihak amat dialukan untuk memberi sumbangan. Pilih 3 langkah
TERBAIK untuk berkongsi rezeki bersama mereka:
- Klik terus link di bawah sumbangan dalam talian:
https://jomsedekah.com/donations/supportfrontliners/
- Kini Lebih mudah juga melalui #JomPay:
biller code : 29058
Ref 1: Nama
Ref 2 : Support FL - ATAU pindahan/deposit wang tunai ke akaun bank Global Peace Mission:
Bank Islam: 14-023-01-002-922-4
Maybank Islamic: 5642-2161-1602
Affin islamic: 1051-9000-2871
CIMB islamik: 8603-5325-13
Rujukan: Support FL
Muhammad Faisal Abdul Aziz
Presiden
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)