ABIM SOKONG MALAYSIA BUKA KEDUTAAN KHAS UNTUK PALESTIN DI JORDAN - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

ABIM SOKONG MALAYSIA BUKA KEDUTAAN KHAS UNTUK PALESTIN DI JORDAN

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menzahirkan sokongan penuh terhadap
pengumuman YAB Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 25 Oktober 2019
lalu, bahawa Kerajaan Malaysia berhasrat membuka pejabat perwakilan diplomatik Malaysia
ke Palestin, bermastautin di Amman, Jordan. Keputusan tersebut diumumkan semasa Sidang
Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (Non-Aligned Movement – NAM) ke-18 di
Baku, Azerbaijan baru-baru ini.


ABIM menegaskan bahawa keputusan penubuhan Kedutaan Malaysia di Palestin adalah satu
pendekatan yang wajar dan selari dengan pendirian Malaysia berhubung Palestin yang sangat
penting negara kita, seperti yang digariskan dalam Kerangka Dasar Luar Malaysia Baharu.
ABIM yakin dan percaya bahawa pembukaan kedutaan tersebut akan mengukuhkan lagi
sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin sejagat. Tambahan pula, rakyat Palestin sedang
menerima tekanan hebat walaupun Amerika Syarikat Amerika Syarikat menawarkan satu
pelan pendamaian yang baru. Akan tetapi pengkritik mengatakan pelan tersebut berat sebelah
dan hanya menguntungkan rejim Zionis Israel.

“MENEGAKKAN KEBENARAN DAN KEADILAN”

MUHAMMAD FAISAL ABDUL AZIZ
Presiden
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)