angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

MyAqsa Defenders – Isu Palestin adalah titik penyatuan ummah

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara” (Al-Hujurat: 10)

MyAqsa Defenders (MAD) mengikuti rapat isu yang tular berkaitan penyaluran bantuan dan
misi kemanusiaan ke Palestin.
MAD adalah gabungan NGO anak muda dari pelbagai NGO, selebriti dan Influencer yang
memperjuangkan isu Palestin secara holistik dan strategik. Gerakan ini bermula dengan satu
mesyuarat tergempar pada 11 Mei 2021 melibatkan lebih 17 NGO dan beberapa ikon
kemanusiaan dan kemasyarakatan. MAD juga mengumpulkan aktivis dan tokoh anak muda
yang telah lama terlibat dalam program kebajikan, kemanusiaan sama ada di dalam negara
dan seluruh dunia.
MAD telah menggerakkan Kempen #ShameOnIsrael dan #IsraelKoyak dan telah
mengaktifkan pelbagai bentuk kesedaran dan advokasi di seluruh negara bahkan dunia.
Selain itu, kempen khusus pengumpulan dana dari NGO (Non-Governmental Organisations)
ahli Gabungan juga telah dijalankan sejak hari pertama serangan Israel ke atas Gaza dan dana
terkumpul sehingga 8 Julai 2021 adalah berjumlah RM 20,855,025.78.
MAD platform penyatuan dan perjuangan nafas panjang dalam isu Palestin
Semua sedia maklum berkenaan sumbangan pada rakyat Malaysia kepada Gaza sekian lama
sejak Gaza dikenakan kepungan bermula pada 2007 dan setiap kali serangan Israel, bantuan
akan tertumpu kepada Gaza walaubagaimanapun MAD melihat satu usaha yang lebih
strategik dan berimpak perlu dimulakan dalam kadar segera dengan melihat situasi genting
yang berlaku di Baitul Maqdis.

2
Atas dasar itu, MAD adalah satu platform menyatupadukan pelbagai NGO dan ikon
kemanusiaan dalam memanfaatkan kekuatan masing-masing dalam 2 perkara utama:
1) Kesedaran dan advokasi kepada masyarakat berkenaan isu Palestin terutama isu
Baitul Maqdis dan Masjid al-Aqsa
2) Pelaksanaan Projek bantuan yang strategik dan berimpak di Baitul Maqdis dan Masjid
al-Aqsa
MAD adalah platform rakan NGO berkongsi tadbirurus baik didalam organisasi
Merujuk kepada Kenyataan Media MAD bertarikh 19 Mei 2021, kami secara jelas menetapkan
bahawa MAD komited dengan agenda urus tadbir baik, ketelusan, dan akauntabiliti dalam
melaksanakan program dan projek kemanusiaan dan kebajikan di Palestin. MAD selaku
platform yang akan memberikan rakan NGO gabungan panduan, tatacara dan tatakelola
terbaik dalam pengurusan NGO.
MAD mengadaptasi kerangka semak dan imbang dalam ekosistem pengurusan dan
pentadbiran MAD. Kerangka-kerangka penting bagi mengangkat komitmen kami ini adalah
seperti berikut:

  1. Mewujudkan beberapa lapisan pentadbiran bagi menghindari sebarang konflik
    berkepentingan seperti lapisan Pengasas Bersama Gabungan, Majlis Tertinggi Gabungan,
    Jawatankuasa Monitoring, Evaluation, Accountability and Learning (MEAL) dan Sekretariat
    Gabungan;
  2. Mewujudkan Jawatankuasa MEAL sebagai entiti semak dan imbang yang di anggotai oleh
    3 perwakilan dari ahli MAD, 1 perwakilan dari ahli Majlis Tertinggi MAD dan 1 perwakilan dari
    Sekretariat MAD;
  3. Mewujudkan garis panduan kerangka urus tadbir baik, ketelusan, dan akauntabiliti yang
    menjadi dokumen panduan pentadbiran, pengurusan dan kewangan Gabungan;
  4. Mewujudkan pelan perancangan strategik sehingga tahun 2030 yang menjadi kayu ukur
    kelestarian impak sosial kepada masyarakat penerima manfaat di Palestin; dan

  1. Mewujudkan jawatankuasa khas melibatkan pihak berkecuali yang terdiri daripada
    peguam, pegawai tadbir bertauliah (Chartered Governance Professional), akauntan
    bertauliah, konsultan sektor pembangunan dan kemanusiaan serta konsultan Anti-Money
    Laundering, Counter Financing of Terrorism (AML/CFT) bagi memantau dan menasihati pihak
    pengurusan dan pentadbiran dalam urusan MAD.
    Di samping itu, beberapa dokumen penting berkenaan MAD seperti MAD Organisational
    Development Plan, MAD Frequently Asked Questions (FAQs) dan Laporan Penyaluran Projek
    boleh diakses oleh masyarakat umum terutamanya kepada para penyumbang di link berikut:
    bit.ly/DokumenUmumMAD
    Strategi Penyaluran Dana Sumbangan & Kos Operasi
    MAD adalah sebuah gabungan dan masih dalam proses pendaftaran untuk memudahkan
    pengoperasian bagi melaksanakan agenda membebaskan Palestin. Sumbangan dana yang
    dikumpul adalah jumlah yang disalurkan oleh orang ramai kepada NGO-NGO gabungan dan
    bukan kepada MAD.
    MAD hanya bertindak sebagai medium untuk pemangkin kepada beberapa langkah strategik
    seperti mewujudkan satu projek yang memberikan kesan langsung kepada pembebasan
    Palestin atas dasar itu kita meletakkan hashtag #AlQudsKitaPunya2030.
    Pada sidang media pertama MAD ketika Gaza diserang, MAD meletakkan peratusan berikut
    untuk penyaluran dana iaitu 30% untuk kecemasan, 30% untuk jangka masa sederhana dan
    40% untuk jangka masa panjang.
    Dua kaedah penyaluran dana adalah sama ada melalui rakan NGO yang telah mempunyai
    kemampuan (capacity) untuk melaksanakan projek di Gaza seperti melalui Cinta Gaza
    Malaysia (CGM) atau kaedah kedua terus kepada NGO-NGO di Baitul Makdis.

MAD bukan milik individu dan MAD adalah milik bersama
“Missions are always bigger than organizations and these organizations are always bigger

than the individuals who run them”

MAD dicetuskan atas dasar ingin melihat Palestin ini dibebaskan dari cengkaman Zionis Israel
dan seperti mana kejayaan #IsraelKoyak berjaya menggoncang Israel kami percaya isu yang
berlaku mutakhir ini perlu diselesaikan dengan kadar segera kerana usaha harus ditumpukan
kepada kerja-kerja sebenardi lapangan.
Atas dasar itu MyAqsa Defenders menyeru agar pihak-pihak yang terlibat dapat
mengenepikan perbezaan pandangan dan mencari titik pertemuan agar kita dapat
menumpukan usaha membantu Palestin.
MyAqsa Defenders
24 Julai 2021

Lampiran:
Senarai NGO – NGO & Senarai Selebriti & Ikon Kemanusiaan (sehingga 21 Julai 2021):
https://linktr.ee/myaqsadefenders
Dokumen Umum MAD: https://bit.ly/DokumenUmumMAD