PENGUMUMAN SENARAI AHLI JAWATANKUASA KERJA YANG BAHARU (SESI 2019/2021)
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), telah menganjurkan Persidangan Mesyuarat Agung
Tahunan (Muktamar Sanawi) kali ke-48 pada tanggal 25 hingga 27 Oktober 2019, bertempat
di Bangi Avenue Convention Centre (BACC), Bangi. Persidangan kali ini menyaksikan
berlakunya perubahan tampuk kepemimpinan, dengan pemilihan Muhammad Faisal Abdul
Aziz sebagai Presiden bagi sesi kepemimpinan 2019-2021. Sebelumnya, beliau merupakan
Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dari tahun 2013 hingga 2019 dan
pernah memimpin PKPIM (Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia) dari tahun 2009
sehingga 2011.
Berikut adalah senarai ahli jawatankuasa kerja Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) untuk
sesi kepemimpinan 2019-2021 sebagaimana disepakati oleh para perwakilan:
Presiden Muhammad Faisal bin Abdul Aziz
Timbalan Presiden Mohd Khairul Anwar bin Ismail
Naib-naib Presiden Radin Muhd Imaduddin bin Radin Abdul Halim
Ahmad Fahmi bin Mohd Shamsuddin
Fatin Nur Majdina binti Nordin
Zairudin bin Hashim
Adli Zakuan bin Zairakithnaini
Setiausaha Agung Mohammad Fazril bin Mohd Saleh
Setiausaha Kewangan Mohd Faridh Hafez bin Mhd Omar
Pen. Setiausaha Agung Mohd Shazni bin Abdullah
Sempena persidangan Mesyuarat Agung (Muktamar Sanawi) ini juga dianjurkan Seminar
Pembinaan Bangsa Malaysia (SE-BANGSA) 2019 yang menampilkan tokoh-tokoh
berwibawa yang mengupas dan membahaskan topic yang penting ini. Dalam acara sama,
disampaikan Ucapan Dasar bertemakan “Membina Bangsa Malaysia, Mengangkat Martabat
Umat”, oleh Presiden ABIM sebelumnya, Mohamad Raimi Ab Rahim.
Inisiatif ABIM ini merupaakn suatu tekad akan terus berperanan dalam merealisasikan
gagasan „Bangsa Malaysia‟ yang merupakan kesinambungan daripada peranan interaksi rentas
budaya serta agama yang dirintis gerakan ini sejak penubuhannya pada tahun 1971.
ABIM bertekad membina negara dan bangsa yang damai berpaksi kepada Rukun Negara,
mengangkat nilai universal dan inklusif seperti dianjurkan agama serta menerima nilai
kebersamaan. Usaha ini dibuat dengan menjadikan asas-asas kenegaraan: kedudukan Islam
sebagai agama persekutuan, peranan Bahasa Melayu, hak keistimewaan orang Melayu dan
bumiputera dan bidang kuasa raja-raja Melayu – sebagai kerangka besar untuk merealisasikan
Bangsa Malaysia.
ABIM sedar keterikatan terhadap faktor politik serta ekonomi tidak memadai untuk
menjayakan gagasan besar tersebut. Oleh yang demikian, ABIM terus menggerakkan agenda
ini menerusi pendidikan dalam kalangan generasi muda, pembinaan institusi keluarga, dan
pembentukan masyarakat yang secara kolektif memberi kesan kepada sosio politik dan
ekonomi negara.
Bagi pihak barisan kepemimpinan yang baharu, kami mengungkapkan penghargaan setinggi-
tingginya kepada barisan pimpinan sebelumnya yang diteraju oleh Mohamad Raimi Ab
Rahim dan para ahli jawatankuasa sebelumnya atas jasa dan khidmat bakti yang dicurahkan.
ABIM juga merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih buat YAB Timbalan Perdana
Menteri Malaysia Dato‟ Seri Dr. Wan Azizah atas kesudian hadir merasmikan Majlis Makan
Malam Perpaduan dan YB Dato‟ Seri Anwar Ibrahim yang merasmikan Seminar Pembinaan
Bangsa Malaysia (SE-BANGSA) 2019 sempena persidangan Muktamar yang dijalankan.
“MENEGAKKAN KEBENARAN DAN KEADILAN”
MUHAMMAD FAISAL ABDUL AZIZ
Presiden
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)