SIDANG MEDIA KHAS PELANCARAN TABUNG DANA BUKU SEJARAH DALAM BENTUK BRAILLE ANJURAN ABIM DAN YAYASAN ORANG BUTA MALAYSIA (YOBM) - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

SIDANG MEDIA KHAS PELANCARAN TABUNG DANA BUKU SEJARAH DALAM BENTUK BRAILLE ANJURAN ABIM DAN YAYASAN ORANG BUTA MALAYSIA (YOBM)

  1. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) terpanggil untuk menggerakkan tabung bagi
    mengumpul dana bagi mencetak dan menerbitkan buku sejarah dalam bentuk braille
    untuk kegunaan anak-anak Orang Kelainan Upaya (OKU) penglihatan. Tabung ini akan
    digerakkan bersama-sama Yayasan Orang Buta Malaysia (YOBM).
  2. ABIM menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia yang budiman untuk menyumbang
    seikhlas hati ke: Akaun Bank Islam ABIM: 14023010032527.
  3. Mensasarkan jumlah kutipan sebanyak RM100,000.00 (Satu Ratus Ribu Ringgit
    Malaysia)
    , tabung ini merupakan suatu usaha untuk menyebarluaskan promosi
    berkenaan dana yang diperlukan untuk mencetak buku sejarah dalam bentuk braille,
    tambahan pula kita sedang mengharungi bulan kemerdekaan dari 31 Ogos hingga 16
    September ini.
  4. ABIM mengambil kesempatan ini untuk menegaskan bahawa menyantuni golongan
    OKU penglihatan bukan sahaja dengan menyediakan prasarana yang mencukupi, lebih
    utama membangunkan modal insan bagi membolehkan mereka berdikari seperti
    masyarakat normal lain.
  5. ABIM juga menegaskan bahawa adalah penting untuk kita semua cakna terhadap
    golongan OKU yang juga mempunyai hak yang sama seperti orang yang normal serta
    berpeluang mengembangkan potensi diri dengan cara yang betul.
  1. ABIM menyatakan bahawa selaras dengan ungkapan ‘pendidikan untuk
    semua’, golongan OKU juga ingin berdikari dan menyumbang sesuatu kepada negara.
    Malangnya, setelah 63 tahun mencapai kemerdekaan, mereka masih lagi berjuang
    untuk mendapatkan peluang dan kemudahan pendidikan yang lebih berkualiti agar
    mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan pendidikan arus perdana.
  2. Isu kemudahan buku teks dalam bentuk Braille yang tidak mencukupi di sekolah-sekolah
    pendidikan khas untuk OKU penglihatan masih belum menemui jalan penyelesaian
    walaupun dibangkitkan sejak dahulu. Selain itu, terdapat juga isu buku teks Braille yang
    rosak, hilang dan tidak dapat digunakan lagi kerana ia sukar diganti kerana kos yang
    tinggi.
  3. ABIM menegaskan bahawa sudah tiba masanya kita tidak hanya berbicara tentang
    kebajikan para OKU, malah kita perlu memberi penekanan kepada menghakupayakan
    golongan ini, yang mempunyai potensi tersendiri dalam menyumbang kepada tanah air
    tercinta. Selepas 63 tahun kita menyambut kemerdekaan, molek kiranya kita tidak terus
    mengkesampingkan golongan OKU yang mempunyai hak sebagai mana rakyat
    Malaysia yang lain.

Muhammad Faisal bin Abdul Aziz,
Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).