TEKAD HIJAU ABIM: ASAS PRINSIP POLISI HIJAU DAN PROGRAM MESRA EKOSISTEM ABIM - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

TEKAD HIJAU ABIM: ASAS PRINSIP POLISI HIJAU DAN PROGRAM MESRA EKOSISTEM ABIM

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Nabi Muhammad salLahu ‘alayhi wasalllam bersabda:


“Orang yang berkasih sayang akan disayang oleh Allah SWT. Sayangilah kepada apa yang di
bumi, maka akan dikasihi oleh para penduduk langit”
(HR Ahmad & Al-Tirmidhi)


Adalah dengan ini, sebagai terjemahan kasih sayang kita kepada makhluk hidupan sekalian
alam, dan bagi menunaikan amanah kita sebagai Khalifah Allah untuk memelihara hidupan,
maka tindakan dan pembangunan yang kita jalankan harus bersifat berkelanjutan:


1) Meletakkan sasaran untuk mencapai “zero waste target” pembuangan sisa sifar dengan
Mengamalkan budaya ‘6R’:


a. Rethink – memikirkan kesan penggunaan sesuatu bahan kepada alam
b. Refuse – enggan menggunakan bahan yang tidak sesuai dan berkelanjutan
c. Reduce – pengurangan sisa buangan yang dihasilkan
d. Reuse/repair – menggunakan semula bahan-bahan yang boleh diguna
e. Recycle – mengitar semula buangan yang terhasil
f. Replace/rebuy (menggantikan bahan dengan yang lebih bersifat mesra alam
/produk hijau)

2) Membudayakan amalan penjimatan penggunaan tenaga, air dan sumber-sumber lain
dalam penganjuran program dan operasi pejabat ABIM dan institusi.

3) Mengurangkan pengeluaran karbon monoxide, asap, toksin dengan amalan berkongsi
kenderaan & menggunakan pengangkutan awam untuk menjayakan aktiviti ABIM.


4) Meletakkan keutamaan kepada bahan boleh urai nio atau biodegradasi (biodegradable)
serta mengurangkan penggunaan bahan-bahan yang tidak mesra ekologi seperti beg
plastik, penyedut minuman plastik, polisterin dan lain-lain lagi dalam semua aktiviti
dan operasi ABIM.


5) Membangun jaringan rakan kongsi bersama pembekal yang mesra ekologi serta
memberi keutamaan kepada produk yang bersifat mesra alam yang diiktiraf badan
bertauliah.

Tekad Hijau dan asas nilai polisi asas ini adalah terpakai kepada semua ahli dalam
penganjuran aktiviti atau program ABIM dan institusi dan agensi-agensi ABIM.

#SDG2030

#SDG8, #SDG12, #SDG13. #SDG14, #SDG15

MUHAMMAD FAISAL BIN ABDUL AZIZ
Presiden
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
04 Disember 2019 / 07 RabiulAkhir 1441H