Terima Kasih Rakyat Malaysia: RM 17.8 Juta untuk Gaza & Al-Quds - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Terima Kasih Rakyat Malaysia: RM 17.8 Juta untuk Gaza & Al-Quds

Sejak 7 Mei 2021, kami mengikuti secara rapat situasi di Masjid al-Aqsa dan serangan
Israel ke atas Gaza yang kini sudah memasuki hari ke-9 dengan lebih 213 orang syahid
termasuk 61 kanak-kanak dan 36 wanita.


Atas dasar kemanusiaan dan persaudaraan Islam, MyAqsa Defenders (MAD) telah
ditubuhkan sebagai satu Gabungan (coalition) anak muda dari pelbagai NGO dan barisan
selebriti serta ikon kemanusiaan.


MAD telah menggerakkan Kempen #ShameOnIsrael dan #IsraelKoyak dan telah
mengaktifkan pelbagai bentuk kesedaran dan advokasi di seluruh negara bahkan dunia.
Selain itu, kempen khusus pengumpulan dana dari NGO (Non-Governmental
Organisations
) ahli Gabungan juga telah dijalankan sejak hari pertama serangan Israel
dan hasil sumbangan dan kepercayaan rakyat Malaysia dana terkumpul sehingga 18 Mei
2021 adalah berjumlah RM 17,878,518.37.


Ini menunjukkan keprihatinan rakyat Malaysia kepada perjuangan pembebasan isu
Palestin dan kepercayaan kepada Gabungan ini untuk menguruskan amanah dengan
telus dan penuh integriti.


Dana ini akan disalurkan untuk projek berikut secara berperingkat (Fasa 1):

  1. Klinik Malaysia – Al-Aqsa
  2. Khidmat Guaman di Sheikh Jarrah
  3. Kafalah Keluarga Miskin di Baitul Makdis
  4. Gaza Emergency Relief

Untuk maklumat para penderma dan penyokong MAD, kami sangat komited dengan
agenda urus tadbir baik, ketelusan, dan akauntabiliti dalam melaksanakan program dan
projek kemanusiaan dan kebajikan di Palestin mahupun di tanah air. MAD mengadaptasi
kerangka semak dan imbang dalam ekosistem pengurusan dan pentadbiran MAD.
Kerangka-kerangka penting bagi mengangkat komitmen kami ini adalah seperti berikut:

  1. Mewujudkan beberapa lapisan pentadbiran bagi menghindari sebarang konflik
    berkepentingan seperti lapisan Pengasas Bersama Gabungan, Majlis Tertinggi
    Gabungan, Jawatankuasa Monitoring, Evaluation, Accountability and
    Learning
    (MEAL) dan Sekretariat Gabungan;
  1. Mewujudkan Jawatankuasa MEAL sebagai entiti semak dan imbang yang di
    anggotai oleh 3 perwakilan dari ahli MAD, 1 perwakilan dari ahli Majlis Tertinggi
    MAD dan 1 perwakilan dari Sekretariat MAD;
  2. Mewujudkan garis panduan kerangka urus tadbir baik, ketelusan, dan akauntabiliti
    yang menjadi dokumen panduan pentadbiran, pengurusan dan kewangan
    Gabungan;
  3. Mewujudkan pelan perancangan strategik sehingga tahun 2030 yang menjadi
    kayu ukur kelestarian impak sosial kepada masyarakat penerima manfaat di
    Palestin; dan
  4. Mewujudkan jawatankuasa khas melibatkan pihak berkecuali yang terdiri daripada
    peguam, pegawai tadbir bertauliah (Chartered Governance Professional),
    akauntan bertauliah, konsultan sektor pembangunan dan kemanusiaan serta
    konsultan Anti-Money Laundering, Counter Financing of Terrorism
    (AML/CFT) bagi memantau dan menasihati pihak pengurusan dan pentadbiran
    dalam urusan MAD.

Di samping itu, beberapa dokumen penting berkenaan MAD seperti Panduan Tadbir Urus
MAD, MAD Frequently Asked Questions, Laporan Perkembangan Projek dan Laporan
Kewangan akan boleh diakses umum terutamanya kepada para penyumbang di platform
yang sedang kami bangunkan.


Bagi menampung kos operasi MAD dalam menjayakan agenda besar ini, kami akan
melancarkan produk eksklusif MAD pada hari Jumaat ini (21 Mei 2021) jam 9 malam.
Untuk makluman, sebanyak 1,000 unit pre-order yang pertama akan menerima
cenderahati eksklusif dari pihak MAD.


Pihak MAD ingin mengucapkan sekalung penghargaan kepada semua penyumbang dan
pendukung isu Palestin di atas segala bentuk bantuan dan berharap agar dapat terus
menyokong usaha kami yang kecil ini.


Sekretariat MyAqsa Defenders
7 Syawal 1442 bersamaan 19 Mei 2021


Lampiran:

  1. Senarai NGO – NGO (sehingga 19 Mei 2021)
  2. Senarai Selebriti & Ikon Kemanusiaan (sehingga 19 Mei 2021)
  3. Dokumen berkenaan MAD boleh diakses di pautan: http://bit.ly/ProjekMADFasa1

Senarai Ahli Koalisi #MyAqsaDefenders

  1. Cinta Gaza Malaysia – CGM
  2. Global Peace Mission (GPM) Malaysia
  3. MAPIM : Malaysian Consultative Council for Islamic Organization
  4. Malaysia for Syria
  5. Iman Care
  6. One Nation
  7. Al Azhar Care
  8. Pertubuhan Kebajikan Dana Kita
  9. Murtadha Dakwah Centre – MADAD
  10. Serantau Muslim
  11. Cinta Syria Malaysia – CSM
  12. MyFundAction
  13. Muslim Volunteer Malaysia – MVM
  14. Angkatan Belia Islam Malaysia / Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM)
  15. Pertubuhan WARGA CAKNA
  16. Amalhope
  17. Pertubuhan Glokal Ihsan Malaysia
  18. Persatuan Gerak Wanita Islam Malaysia (GERAKWANIS)
  19. Cakna Palestin
  20. MinQalby Foundation

Senarai Influencer #MyAqsaDefenders

  1. Heliza Helmi dan Hazwani Helmi
  2. MizzNina dan Noh Salleh – Min Qalby Foundation
  3. Faizal Tahir – IamFaithmen
  4. PU Rahmat- One Nation & Azhar Care
  5. Into Taqwa Malaysia
  6. Fedtri Yahya – MFS
  7. Amir Masdi – MFS
  8. Dahlia Shazwan – MFS
  9. Natasha Hudson – Amalhope
  10. Nabila asyiqin – Amalhope
  11. Aliza Kim – CGM
  12. Farah Adeeba
  13. Farah Lee
  14. Dr Atiyah Azmi
  15. Dr Fitri Haris
  16. IM Fakhrul
  17. Zizi Kirana – GPM
  18. Ustaz Fawwaz Fadzil – GPM
  19. Sarancak – GPM
  20. PU Amin – IC
  21. Ustazah Isfadiah – Serantau Muslim
  22. Imam Muda Hassan – Serantau Muslim
  23. Dr. Taufiq Razif – Serantau Muslim