Pemimpin Perlu Kenal Pasti Dan Kembang Potensi Individu: Siddiq Fadzil - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Pemimpin Perlu Kenal Pasti Dan Kembang Potensi Individu: Siddiq Fadzil

25 April 2015:- Para pemimpin perlu mengenal pasti serta mengembangkan bakat serta potensi seseorang individu. Begitulah pesanan yang diketengahkan oleh Dato’ Dr Siddiq Fadzil, Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) ketika menyampaikan ucaptama sempena Multaqa Petugas Jamaah WADAH-ABIM-PKPIM. Sempena dengan Multaqa kali ini, Tuan Haji Ahmad Azam (Presiden ABIM, 1997-2005), Tuan Haji Abdul Halim Ismail (Mantan Setiausaha Kewangan Dan Timbalan Presiden ABIM) serta Penolong Setiausaha Agung Wadah, Halimi Abdul Hamid telah menerima anugerah Jaizah Tasyrif (sempena perkhidmatan 20 tahun). 

“Amanah kepimpinan memerlukan kita untuk menyalurkan individu mengikut potensi dan bakat dirinya,” jelas beliau. “Setiap manusia dilahirkan dengan potensi, tiada yang bodoh’ ‘Pemimpin seharusnya mampu menggarap potensi para petugasnya, jika hanya mengerah, mengarah dan kemudian marah-marah adalah bos bukan pemimpin,” kata Dato’ Dr Siddiq Fadzil di hadapan para petugas dari Sekretariat ABIM Pusat (SAP), Koperasi Belia Islam Berhad (KBI), Global Peace Mission (GPM), Yayasan Takmir Pendidikan (YTP), Hospital Pakar Al-Islam, Islamic Outreach ABIM Centre (IOA), Kolej Dar Al-Hikmah, Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Malaysia Life Line For Syria.

Dato’ Dr Siddiq menambah sambil merujuk kepada model kepimpinan para rasul , “Pemimpin Idola yang terulung ialah Nabi Muhammad S.A.W yang membangun dan menggarap potensi para sahabat. Manakala model kepimpinan Nabi Sulaiman juga contoh terbaik-hubungan pemimpin dan petugas ‘Seharusnya WAP terus menjadi “learning organization” -walau apa jua bidang kepakaran akan terus belajar’.

Para petugas jamaah WADAH-ABIM-PKPIM juga perlu tampil sebagai petugas kompeten dan tinggi komitmennya. “Hud-hud adalah staf Nabi Sulaiman yang kompeten, cerdas dan komited. Kompeten kerana dia diberi tugas yang sesuai dengan dirinya. Nabi Sulaiman a.s mendisiplin Hud-hud dengan kehadirannya dalam perhimpunan.” jelas Dato’ Dr Siddiq yang pernah menerima anugerah Jaizah Takrim (perkhidmatan 10 tahun) 2 tahun yang lalu. 

 

 

[Terkini] Amanah kepimpinan: Menyalurkan individu mengikut potensi dan bakat dirinya:- Multaqa Petugas Jamaah Wadah-ABIM-PKPIM, 25 April 2015.

Posted by Angkatan Belia Islam Malaysia / Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) on Friday, April 24, 2015