Iklan & Pengumuman

Published in Iklan & Pengumuman

Kempen Seorang Sekampit Beras Sasar Bantu 7,000 Penerima Sempena Ramadan 1442H Featured

Apr 13, 2021 Hit: 807 Written by 
Kempen Seorang Sekampit Beras Sasar Bantu 7,000 Penerima Sempena Ramadan 1442H

 

Bersempena dengan ketibaan bulan Ramadan Al-Mubarak 2021 / 1442H, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) meneruskan Kempen Seorang Sekampit (KSSB) yang sudah memasuki tahun ke-15 perlaksanaannya. Pada tahun lalu  seramai 15,066 penerima telah mendapat sumbangan sepanjang penganjuran Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) yang dimulakan lebih awal semenjak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sumbangan KSSB ini disalurkan dalam bentuk makanan asas seperti beras, minyak masak, gula, tepung, susu, serta barangan makanan keperluan asas di seluruh negara bernilai RM 80 untuk setiap pek.

barang sumbangan KSSB

Sukarelawan ABIM menyusun keperluan makanan asas yang akan diberikan bersama dengan beras

Ketika wabak covid-19 melanda negara pada tahun 2020, ABIM turut menyalurkan sumbangan dalam bentuk keperluan kit kebersihan kendiri, pelitup muka dan cecair sanitasi tangan (hand sanitizer).

KSSB merujuk kepada simbolik sekampit beras menggambarkan keperluan makanan asasi yang perlu ada sekurang-kurangnya menampung kehidupan asas khususnya dalam kalangan mereka memerlukan.

sumbangan KSSB 2020

Penyampaian Sumbangan KSSB 2020 di Klang Turut Dijayakan Dengan Bantuan Petugas RELA dengan mematuhi penjarakkan fizikal. 

Kempen ini sudah memasuki tahun ke-15 sejak dari awal penganjurannya pada tahun 2006. Program ini adalah salah satu inovasi amal kemasyarakatan yang mana ABIM berperanan menjadi perantara di antara masyarakat yang prihatin dengan golongan du’afa serta kelompok fuqara’ wa al-masakin tanpa mengira latar belakang kaum serta agama.

KSSB juga antara usaha ABIM mengupayakan masyarakat prihatin serta cakna terhadap persekitaran dan khususnya mereka yang memerlukan dengan menyemai semangat kesukarelawanan dalam setiap aktiviti yang digerakkan.

sukarelawan KSSB 2020

Sukarelawan ABIM turun ke lapangan untuk sama-sama menyelami realiti kehidupan di akar umbi

KSSB diteruskan atas dasar keprihatinan kemasyarakatan untuk meringankan bebanan golongan sasaran seperti asnaf, fakir, miskin, saudara baru dan kelompok yang terjejas pendapatannya akibat Covid-19.

ABIM mensasarkan untuk menyalurkan sumbangan kepada 7,000 penerima meliputi kelompok-kelompok berkenaan di seluruh negara bersempena KSSB pada Ramadan tahun ini.

ABIM mengalu-alukan sumbangan daripada masyarakat untuk menjayakan kempen KSSB dalam bentuk wang ringgit menerusi akaun:

 

ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA: Bank Islam (1402 3010 0305 52)

Sumbangan secara dalam talian (online) boleh disampaikan menerusi pautan :

https://www.billplz.com/kssb-abim

Para penyumbang juga boleh terus menghubungi terus pihak sekretariat di talian;

017-558 3251 (Farhan) atau hubungi terus Sekretariat ABIM Pusat di talian 03-4108 4500.

PHOTO 2021 04 07 14 39 51

Last modified on Tuesday, 13 April 2021 06:32
Read 807 times
Rate this item
(0 votes)
DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd