
7 Disember 2025 – Naib Presiden ABIM, Muhamad Aliemran Bin Norasid dijemput sebagai seorang panel dalam Podcast Daie bersempena Program Dakwah Kepimpinan Pelajar Muslim dan Multaqa Huffaz TVET MARA 2025. Turut hadir sebagai panel, Ustaz Farhan Ashari, YDP ABIM Johor. Podcast ini mengangkat tajuk perbincangan ‘Daie Digital: Anak Muda TVET, Mahir Dunia Mahir Akhirat.’

Dalam perkongsian, Sdr. Aliemran telah menekankan tentang potensi pelajar TVET yang berperanan sebagai daie bertanggungjawab menguasai pelbagai segmen kemahiran yang tinggi permintaan dan akhirnya melahirkan pakar yang akan mengemukakan solusi umat melalui inovasi dan penciptaan teknologi baharu. Justeru, platform digital wajar dimanfaatkan sebagai ruang berdakwah dan karekter dai’e perlu ditonjolkan sebagai qudwah kepada anak muda.

Program Nadwah Kepimpinan Pelajar Muslim dan Multaqa Huffaz TVET MARA 2020 ini telah dianjurkan oleh KKTM Sri Gading dengan Kerjasama Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (YADIM). Program selama 3 hari 3 malam ini telah disertai seramai 200 orang wakil pelajar dari semua institusi KKTM, MJII dan IKM seluruh negara.
Program ini bertujuan untuk mengangkat potensi pelajar dalam aliran TVET sebagai dai’e dan jurubicara umat.
