MENGENAI ABIM

Latar Belakang ABIM

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ialah sebuah Badan Masyarakat Madani (CSO) yang mewakili pergerakan belia Islam di Malaysia. ABIM telah ditubuhkan pada 6hb Ogos 1971 di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pengerusi penaja penubuhannya ialah Ustaz Abdul Wahab Abdullah (Almarhum) dan Setiausahanya ialah Sdr. Fauzi Abdul Rahman (Dato’). Pada 17 Ogos 1972, ABIM telah didaftarkan secara rasmi dibawah Akta Pertubuhan 1966. Manakala pada tahun 2009, setelah pihak kerajaan membuat semakan terhadap dasar belia negara, ABIM telah didaftarkan penubuhannya dibawah Akta Pertubuhan-pertubuhan Belia 2007.

ABIM merupakan Pemenang Anugerah Penarafan 5 Bintang dari Kementerian Belia & Sukan (KBS) pada 2013, 2014, 2018 dan 2019; Anugerah Maulidur Rasul bagi kategori NGO Islam Terbaik dari Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) pada 2018; serta 3 buah Anugerah daripada Gabungan Jawatankuasa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam (ACCIN) menerusi Kategori NGO Aktif; Kategori Program Terbaik (RTD Uighur); serta Kategori Modul Dakwah – Islamic Outreach ABIM (IOA).

Kajian daripada IMAN Research meletakkan ABIM sebagai antara 10 Badan Masyarakat Madani (CSO) yang paling berpengaruh di Malaysia untuk tahun 2020-2021.

Visi

Membina Dan Memimpin Tamadun Khayra Ummah

Misi

Gerakan Islam Yang Komprehensif Untuk Merealisasikan Cita-Cita Islamiyyah

Budaya ABIM

Menghayati Budaya Ilmu

Menghayati Amalan Kerohanian

Menghayati Amal Shura Dan Amal Jama'iyy

Memahami Dan Melibatkan Diri Pada Isu Semasa

Menghayati Ruh - Jihad Fi Sabilillah

Logo ABIM

Lambang ABIM berbentuk bulan sabit berwarna hijau dengan perkataan ALLAH dalam tulisan jawi di tengah-tengahnya dan perkataan ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA dalam tulisan Jawi di bawah bulan sabit itu.

Lambang atau logo ini merupakan cadangan pindaan pada tahun 1974 dan diluluskan pada tahun 1976 dari logo asal ABIM yang berbentuk bulan sabit berwarna merah dengan bendera hijau di tengah-tengahnya bertulis perkataan ABIM dengan perkataan 'ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA' dalam tulisan jawi.

Logo yang digunakan sehingga kini ini telah diilhamkan oleh Profesor Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas, (kini Tan Sri). Beliau juga turut mencetuskan idea penerbitan dan penamaan Risalah ABIM. Di dalam ABIM, beliau menjadi orang yang bertanggungjawab mengasaskan landasan dan hala tuju intelektual ABIM sebagai gerakan Islam.

Mempunyai hubungan akrab dengan Anwar Ibrahim (kini Dato’ Seri) sejak 1960an lagi, beliau selalu meluangkan masa sebagai 'naqib' usrah kepada anak siswa Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang ketika itu diterajui Anwar Ibrahim.

Sebagai latar, Syed Muhammad Naquib al-Attas lahir di Bogor pada 5 September 1931 dan mendapat pendidikan awal di Sukabumi dan Johor Bahru. Kemudian beliau menuntut di Royal Military Academy, Sandhurst, England sebelum pergi ke Universiti Malaya, Singapura. Beliau mendapat M.A dari McGill University, Montreal dan Ph.D daripada University of London dalam bidang teologi dan metafizik Islam.

Syed Muhammad Naquib merupakan seorang cendekiawan, ahli falsafah Muslim dan Tokoh Melayu Terbilang 2011. Beliau menguasai ilmu teologi, falsafah, metafizik, sejarah, dan kesusasteraan. Beliau juga menulis pelbagai buku dalam bidang pemikiran dan peradaban Islam, khususnya tentang sufisme, kosmologi, falsafah, dan Kesusasteraan Melayu Malaysia.

Pada 2024, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim telah berkenan mengurniakan watikah pelantikan Profesor Diraja kepada Tan Sri Prof Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas atas jasa bakti serta sumbangan bernilai beliau kepada masyarakat serta kemajuan Malaysia dan dunia umumnya.

Lagu ABIM

Lagu : Abd. Hamid Baharuddin
Lirik. : Mohd Azmi Abd. Hamid
PERJUANGAN
Menegakkan Kebenaran
Memperjuang Keadilan
Satu Perjuangan Demi Keimanan
ABIM Bangunkan Usaha

Angkatan Belia Islam
Angkatan Maju Cemerlang
Mengorak Langkah Lalui Cabaran
ABIM Tetap Gigih Berbakti

Bangunlah Belia Islam
Persiapkan Keupayaan
Membela Kedaulatan
ABIM Terus Ke Hadapan

Menghadapi Masa Depan
Dengan Penuh Keyakinan
Hasrat Dirangsangkan Tekad Perkuatkan
ABIM Terus Berjasa

Agenda ABIM

Dakwah Tarbiyah

Wanita, Keluarga & Kesejahteraan Sosial

Antarabangsa, Undang-undang Masyarakat Madani & Kiama Iklim

Perpaduan Penataran & Forum Profesional

Belia, Seni Budaya & Komunikasi

Pendidikan, Kaderisasi & Pengupayaan Komuniti

AHLI JAWATANKUASA KERJA PUSAT ABIM 2026-2027

AHMAD FAHMI MOHD SAMSUDIN
PRESIDEN
MOHAMAD SAIFUDDIN ABDUL LATIFF
TIMBALAN PRESIDEN
FATIN NUR MAJDINA BINTI NORDIN
NAIB PRESIDEN
ADLI ZAKUAN BIN ZAIRAKITHNAINI
NAIB PRESIDEN
MUHAMAD ALIEMRAN
NORASID
NAIB PRESIDEN
SALMAN MOHD YUSOP
NAIB PRESIDEN
MOHAMAD HAEQAL ISHAK
NAIB PRESIDEN
AHMAD FAWWAZ AHMAD SHUKRI
SETIAUSAHA AGUNG
MUHAMMAD DZUL AIMAN ZULKEFLY
PENOLONG SETIAUSAHA AGUNG
WAN NOOR FADHILAH WAN IBRAHIM
SETIAUSAHA KEWANGAN
MUHAMAD ZAKI KHAIRUL
PEN. SETIAUSAHA KEWANGAN
ABDUL AZIZ ABD RAHMAN
KETUA BIRO PENDIDIKAN
NURUL NURSHUHADAH MUSTAPA
KETUA BIRO TUGAS-TUGAS KHAS (HAK UPAYA RENTAN)
AMIR FIRHAN ROSLI
KETUA BIRO PENERANGAN
TS. AHMAD FAHMI ADZHA MOHD NASARUDIN
KETUA BIRO TUGAS-TUGAS KHAS (KESEPADUAN SOSIAL)
MIOR MUHAMMAD SYAHIR ZAHARI
KETUA BIRO DAKWAH
MOHAMED AZLAN DHAJUL AMIN
KETUA BIRO IKTISAS
MUHAMMAD IQBAL HAKIM SAIFUL AFFANDEE
KETUA BIRO PENATARAN
AIDA MUSLIHAH BINTI JAIMI
KETUA BIRO KELUARGA
MUHAMMAD AQIL IQBAL MOHD ZULKIFFLI
KETUA BIRO LATIHAN DAN PEMBANGUNAN
FATIN NABILAH AZLAN
KETUA BIRO WANITA
ATIQAH NAJWA ABDUL WAHAB
KETUA BIRO KESIHATAN
NURUL FARHANAH AHMAD
KETUA BIRO PEMBANGUNAN SOSIAL
MOHD SYAZWANNUDDIN BIN SHAHARUDDIN
KETUA BIRO PENYELIDIKAN
SYAIFUSYAFIQ SHAIFUDDIN
KETUA BIRO TUGAS-TUGAS KHAS (PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK)
AMIR KHAIRUL FIKRI MOHD KHAY
KETUA BIRO EKONOMI
HAJI MOHAMMAD SYAFIQ ISMAIL
KETUA BIRO TUGAS-TUGAS KHAS (ASATIZAH)
AZWAN MASHUD
KETUA BIRO TUGAS-TUGAS KHAS (ASATIZAH)
MUHAMAD MUSTAQIM AHMAD HUZAINI
KETUA BIRO UNDANG-UNDANG
MOHAMAD LUQMAN HAFIZ MD HANIF
KETUA BIRO TUGAS-TUGAS KHAS (PEMBANGUNAN KARIER BELIA)
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 2A/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR
Logo