HUBUNGI KAMI

ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)

  • +603 - 4108 4500
  • +603 - 4018 2400
  • sap@abim.org.my
  • SEKRETARIAT ABIM PUSAT
    No. 6, Jalan TC2A/2
    Taman Cemerlang
    53100 Kuala Lumpur

Sekretariat ABIM Pusat

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ialah sebuah Badan Masyarakat Madani (CSO) yang mewakili pergerakan belia Islam di Malaysia. ABIM telah ditubuhkan pada 6hb Ogos 1971 di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

ABIM merupakan Pemenang Anugerah Penarafan 5 Bintang dari Kementerian Belia & Sukan (KBS) pada 2013, 2014, 2018 dan 2019; Anugerah Maulidur Rasul bagi kategori NGO Islam Terbaik dari Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) pada 2018; serta 3 buah Anugerah daripada Gabungan Jawatankuasa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam (ACCIN) menerusi Kategori NGO Aktif; Kategori Program Terbaik (RTD Uighur); serta Kategori Modul Dakwah – Islamic Outreach ABIM (IOA).

Sekretariat ini ditadbir oleh Setiausaha Agung, berperanan menyelaras setiap program serta aktiviti yang digerakkan oleh SAP. Di samping itu, SAP merupakan pusat pertukaran serta penyaluran informasi kepada ahli-ahli selain menawarkan perkhidmatan komuniti kepada masyarakat. Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan sila hubungi: 03-41084500

Bahagian ini pula memainkan peranan strategik memberikan respon terhadap suasana konflik antarabangsa dengan tumpuan kepada rantau Asia Tenggara. Selain itu, ia menyalurkan bantuan kemanusiaan di samping meneruskan aktiviti bantuan ke negara-negara seperti Bosnia-Herzegovina, Uzbekistan, Iraq, Afghanistan, Chechnya, Acheh dan Padang.

Bahagian ini diletakkan di bawah pimpinan Naib Presiden (Wanita). HELWA (Hal Ehwal Wanita) ABIM berperanan mengatur aktiviti kewanitaan, kekluargaan, kebajikan dan menjana penyertaan aktif ahli-ahli wanita dalam program ABIM termasuk memperjuangkan isu-isu kewanitaan yang memerlukan pembelaan di pelbagai peringkat.

Bahagian yang diketuai oleh Setiausaha Kewangan ini ditubuhkan bagi menyelaras dan memusatkan semua urusan kewangan dan penyaluran dana bagi pelaksanaan program-program dakwah ABIM.

MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 2A/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR
Logo