Konvoi Sayangi Alam & Penyerahan Memorandum Kepada DYMM SPB Yang di-Pertuan Agong

January 21, 2022
editor@abim

Salam. Ayuh bersolidariti bersama:

Konvoi Sayangi Alam & Penyerahan Memorandum Kepada DYMM SPB Yang di-Pertuan Agong

๐Ÿ‘‰๐Ÿผ 22hb Januari 2022

๐Ÿ‘‰๐Ÿผ Sabtu (esok)

๐Ÿ‘‰๐Ÿผ 4:00 petang

๐Ÿ‘‰๐Ÿผ Ruang Luar Plaza Damas, Jalan Sri Hartamas 1, Sri Hartamas.

#DaulatTuanku #RakyatJagaAlam


Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) akan menyerahkan memorandum kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.ย 

Memorandum ini adalah untuk menggesa agar moratorium atau pemberhentian segera terhadap sebarang aktiviti pembalakan.

Penyerahan memorandum ini akan dimulakan dengan konvoi sayangi alam sekitar di Plaza Damas, Jalan Sri Hartamas mulai jam 4:00 petang pada 22hb Januari 2022. ย Penyerahan memorandum akan dibuat di hadapan pintu Istana Negara.

Memorandum ini dibuat berdasarkan kepada dukungan yang diberikan oleh lebih 200,000 orang penandatangan di changes.org

Petisyen ini telah mengabsahkan tuntutan serta kekhuatiran rakyat terhadap aktiviti pembalakan yang jelas memusnahkan alam serta mengakibatkan lebih banyak bencana kepada negara, dan diharapkan ia mendapat perhatian dan tindakan yang sewajarnya.

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR