MAJLIS RAMAH MESRA ABIM MESIR BERSAMA GLOBAL PEACE MISSION (GPM) MALAYSIA
Firman Allah Subhanahu wa-Ta’ala :
Maksudnya : Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”. Surah Al-Baqarah, Ayat 30.
Manusia dicipta sebagai khalifah di dunia. Menurut Ar-Razi, Khalifah ialah orang yang melaksanakan tanggungjawab di muka bumi. Mengekalkan keamanan dan sentiasa mengambil berat sesama manusia lebih-lebih lagi saudara sesama islam adalah antara nilai dan budaya Islam melalui pendekatan Rahmatan-Lil-Alamin.
Bertepatan dengan ajaran Islam sebenar yang diterjemahkan melalui tingkah laku dan keperibadian.
Sukacita dimaklumkan bahawa ABIM Mesir akan menganjurkan Majlis Ramah Mesra bersama Pn. Wan Noor Fadhilah Wan Ibrahim, Deputy Chief Operative Officer, Global Peace Mission (GPM) Malaysia.
Butiran majlis adalah seperti berikut:
🗓️Hari : Khamis (20 Januari 2022 )
🕕Masa : 4:30 petang
🏡Tempat : Teratak ABIM Mesir (TAM)
#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti