MISI DAKWAH ABIM DI BUMI UZBEKISTAN: SOROTAN DAN IBRAH

June 5, 2022
editor@abim

MISI DAKWAH ABIM DI BUMI UZBEKISTAN: SOROTAN DAN IBRAH

27hb Mei 2022: Alhamdulillah, telah berlangsung Sesi Santai Jumaat Pagi dengan tajuk “Misi Dakwah ABIM di Bumi Uzbekistan: Sorotan dan Ibrah” di Bilik Syura, Sekretariat ABIM Pusat, Taman Cemerlang, Gombak.

Para hadirin berkesempatan untuk mendengar ibrah dari pengalaman Tuan Hj Hud Sulaiman bersama aktivis ABIM era 90-an dalam misi dakwah ABIM di bumi Uzbekistan selepas negara tersebut mencapai kemerdekaan daripada Kesatuan Soviet. Antara lain, beliau turut terlibat menjadi tenaga pengajar subjek Bahasa Melayu sebagai bahasa alternatif di salah-sebuah universiti di sana.

Video penuh sesi tersebut boleh ditonton di sini: https://www.facebook.com/abimalaysia/videos/1224413641700152/

Alhamdulillah, kini bumi Uzbekistan semakin baik dan pengamalan Islam juga bertambah baik. Semoga hubungan Badan Masyarakat Madani (CSO) Malaysia dan Uzbekistan saling utuh antara satu sama lain.

Antara aktivis ABIM yang pernah menziarahi bumi Uzbekistan adalah pasangan suami isteri yang berjasa, Almarhum Haji Mohamad Munawar dan Almarhumah Cikgu Hamidah binti Abu Bakar. Cikgu Hamidah baru saja pulang ke Rahmatullah pada 23 Mei 2022 lalu. Anak pasangan aktivis ini, Sdri. Fatimah Azzahra Mohamad merupakan Ketua Biro Penataran dan Seranta ABIM Pusat bagi sesi 2021-2023.

•••

Sumbangan anda amat bermakna. Klik: https://www.billplz.com/kssb1443H

Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku#GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR