PERSATUAN MAHASISWA MUSLIM THAI KUNJUNGI SEKRETARIAT ABIM PUSAT (SAP)

June 4, 2022
editor@abim

PERSATUAN MAHASISWA MUSLIM THAI KUNJUNGI SEKRETARIAT ABIM PUSAT (SAP)

23hb Mei 2022: Alhamdulillah, Presiden ABIM, Sdra. Muhammad Faisal Abdul Aziz dan pimpinan ABIM telah menerima kunjungan Sdra. Ruslan Saising dan delegasi pemimpin Thai Muslim Students Association (TMSA) ke Sekretariat ABIM Pusat (SAP), Taman Cemerlang, Gombak.

Hadir sama, Sdra. Ahmad Farhan Rosli, Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Setiausaha Agung Persekutuan Pelajar Islam Asia Tenggara (PEPIAT).

Insya Allah, ABIM akan meneruskan aktiviti-aktiviti bersama umat Islam Thailand untuk manfaat bersama terutama dalam bidang pendidikan dan pembangunan belia.

TMSA mempunyai cawangan di 90 lebih buah universiti tempatan di Thailand dan 20 lebih buah cawangan di universiti tempatan di Malaysia

Delegasi TMSA turut mengadakan pertemuan bersama YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim (mantan Presiden ABIM) dan Sdra. Jufitri Joha (Mantan Presiden Majlis Belia Malaysia – MBM dan Naib Presiden ABIM). DS Anwar merupakan antara pengasas bersama Persatuan Mahasiswa Islam Asia Tenggara (PEMIAT) yang kemudiannya dikenali sebagai PEPIAT.

•••

Sumbangan anda amat bermakna. Klik: https://www.billplz.com/kssb1443H

Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku#GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR