PKPIM MENGGESA FAM MENGATUR KEMBALI JADUAL PIALA PRESIDEN DAN PIALA BELIA

January 22, 2022
editor@abim

PKPIM MENGGESA FAM MENGATUR KEMBALI JADUAL PIALA PRESIDEN DAN PIALA BELIA

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyelusuri rapat terhadap perkembangan FAM dalam pengumuman perlawanan Piala Belia pada tanggal 23 Februari 2022 hingga 13 Julai 2022 manakala Piala Presiden akan dilaksanakan pada tanggal 24 Februari 2022 hingga 14 Julai 2022 melibatkan bola sepak bawah 19 tahun dan bawah 21 tahun.

Hal ini, kegusaran PKPIM apabila pada tanggal 3 Mac 2022 hingga 29 Mac 2022 merupakan tarikh penting bagi pelajar menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Keutamaan bagi mereka supaya diberikan peluang dan ruang waktu tumpuan sepenuhnya terhadap peperiksaan SPM bakal tiba serta tidak menggabaikan hak bagi para pelajar dari pelbagai aspek utama.

PKPIM menitikberat soal pendidikan dan kebajikan para pelajar terutama peperiksaan SPM secara tuntasnya. Oleh itu, PKPIM menggesa FAM untuk meneliti serta menyusun atur kembali jadual Piala Presiden dan Piala Belia demi memberikan laluan sepenuhnya terutama bagi para pemain bola sepak yang bakal menempuhi peperiksaan SPM ke depannya.

Dalam mendepani cabaran pendidikan semakin tidak menentu gelombangnya, PKPIM tetap menyokong usaha baik FAM dalam mengangkat maruah bola sepak tanah air serta melatih generasi pemain bola sepak masa depan dinanti-nantikan bersama.

Nazmi Ab Rahim
Naib Presiden PKPIM

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR