PRESIDEN ABIM TAMPIL DALAM SESI KHAS WACANA BERSAMA DR MUHANNA AL-HUBAIL (PEMIKIR ISLAM) DI #PBAKL PWTC

June 5, 2022
editor@abim

DR. MUHANNA AL-HUBAIL ADAKAN PERTEMUAN BERSAMA PIMPINAN ABIM

2hb Jun 2022 (Khamis): Alhamdulillah, telah berlangsung pertemuan antara Presiden dan pimpinan ABIM bersama Dr. Muhanna al-Hubail. ilmuan dan penganalisis yang menekuni bidang pemikiran kontemporari Islam. Pertemuan berlangsung di Sekretariat ABIM Pusat (SAP), Taman Cemerlang, Gombak.

Beliau telah menulis 5 buah buku, di antaranya ialah ‘Zaman al-Yaqazah’ – ‘Zaman Kesedaran’ yang penting diamati peminat pemikiran Islam. Naskah ini telah diterjemah dan diterbitkan oleh ABIM Press.

Kemudian, pada 4hb Jun 2022 (Sabtu), Presiden, Sdra. Muhammad Faisal Abdul Aziz bersama pimpinan ABIM turut berperanserta dalam Sesi Khas Wacana, Penandatangan dan Ramah Mesra bersama Dr Muhanna al-Hubail, tokoh pemikir Islam di #PBAKL2022 , PWTC. Dr. Muhanna telah menulis 5 buah buku, di antaranya ialah ‘Zaman al-Yaqazah’ – ‘Zaman Kesedaran’ yang penting diamati peminat pemikiran Islam. Naskah ini telah diterjemah dan diterbitkan oleh ABIM Press.

Program berlangsung di Reruai ABIM Press yang terletak di No.3225-3226, 3240-3245, Tingkat 3, Dewan Tun Razak 3, PWTC, Kuala Lumpur. Dalam sesi bersama Dr. Muhanna di PWTC, beliau turut mengupas bukunya dalam bahasa Melayu, “Zaman Kesedaran: Memikir Kembali Wacana Islamis dan Krisis Timur Tengah”. Sekitar sejam acara berlangsung, ramai yang mengikuti dan mendapat faedah daripada perkongsian ringkas secara umum oleh penulis.

Pada sebelah malamnya, telah diadakan Sesi Makan Malam Khas Dr. Muhanna al-Hubail di Restoran Yahala Ampang, Kuala Lumpur. Pertemuan diadakan dengan ilmuan-ilmuan Malaysia daripada Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Asatizah Selangor dan ABIM. Antara yang hadir adalah YB Ustaz Mohd Zawawi bin Ahmad Mughni, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Negeri Selangor dan Sahibus Samahah Ustaz Dr. Luqman Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan.

Lewat malam ditutup dengan refleksi “relevansi gerakan Islam” dan “gaya fikir belia Malaysia” bersama tokoh belia negara. ABIM menzahirkan rasa bersyukur kerana dapat mengiringi perjalanan tokoh pemikir Muslim ini. Semoga perjalanan selepas ini dipermudahkan dan segala urusannya menyebarkan kesedaran dalam umat dibantu Allah Subhanahu wa-Ta’ala.

•••

Sumbangan anda amat bermakna. Klik: https://www.billplz.com/kssb1443H

Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku#GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR