SEKITAR PROJEK SEMARAK RAMADAN ADAB YOUTH GARAGE (AYG) 2022

June 4, 2022
editor@abim

SEKITAR PROJEK SEMARAK RAMADAN ADAB YOUTH GARAGE (AYG) 2022

Alhamdulillah, pada 22 dan 23hb April 2022, bertempat di Surau Nur Hidayah, Kampung Sungai Kajang, Tanjong Karang, ADAB Youth Garage (AYG), Friend of AYG (Sukarelawan AYG), MPKK dan penduduk Kampung Sungai Kajang telah bersama-sama dalam menjayakan Projek Semarak Ramadan untuk membungkus dan mengagihkan 200 pek makanan serta rewang menyiapkan bubur lambuk untuk diedarkan kepada penduduk sekitar.

Sumbangan pek makanan untuk 200 keluarga ditaja oleh CIMB Foundation & CIMB bank telah diagihkan oleh ADAB Youth Garage kepada golongan yang memerlukan di sekitar Kampung Sungai Kajang, Tanjong Karang.

Bubur lambuk yang telah siap dibungkus juga telah diedarkan kepada kawasan sekitar.

Terima kasih kepada semua penyumbang budiman bagi program KSSB, semoga sumbangan anda menjadi bekalan di Akhirat sana.

•••

Sumbangan anda amat bermakna. Klik: https://www.billplz.com/kssb1443H

#ABIMdiHatiku#GerakanIlmuDanBakti

Kredit: https://www.facebook.com/adabyouthgarage

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR