π™‹π™π™Šπ™‚π™π˜Όπ™ˆ π™„π™ƒπ™”π˜Ό' π™π˜Όπ™ˆπ˜Όπ˜Ώπ˜Όπ™‰ 1443𝙃/2023 ABIM SABAH - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

π™‹π™π™Šπ™‚π™π˜Όπ™ˆ π™„π™ƒπ™”π˜Ό’ π™π˜Όπ™ˆπ˜Όπ˜Ώπ˜Όπ™‰ 1443𝙃/2023 ABIM SABAH

[ Program ABIM Sabah Minggu Ini]

π™‹π™π™Šπ™‚π™π˜Όπ™ˆ π™„π™ƒπ™”π˜Ό’ π™π˜Όπ™ˆπ˜Όπ˜Ώπ˜Όπ™‰ 1443𝙃/2023

Siri 3 : 8 April 2023 | Masjid Jamek Yusuf Al-Qardhawi, Telupid
Siri 4 : 9 April 2023 | Kg. Kolapis, Beluran
Siri 5 : 9 April 2023 | Kg. Timbua, Ranau

Keistimewaan Ramadan adalah sifatnya yang mendidik jasmani dan rohani manusia. Jika kita benar-benar melaksanakan kewajiban kita di bulan ini dengan penuh penghayatan, dengan bukan saja menahan lapar dan dahaga tetapi juga dari dosa yang lainnya, maka ini akan mencetuskan proses transformasi diri kita dari buruk kepada baik dan dari yang baik kepada yang lebih baik.

β€œHai orang – orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang – orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa” (​​Al-Baqarah: ayat 183)

Bertitik-tolak dari kesedaran berkenaan tema yang dibawa adalah ”Membina Belia Madani Bertaqwa” ini diadun melalui aktiviti introspeksi diri dan peranan, dimasukkan rasa sedar keagamaan yang betul dengan penitipan akhlak, hak dan tanggungjawab. Selain daripada pembinaan rasa taqwa, ujian dan peman era ini menatijahkan kepada suatu konsep Belia Madani Bertaqwa yang akan memberikan

Oleh itu, konsep Belia Madani Bertaqwa itu harus diadun dengan cita rasa realiti keragaman Malaysia khususnya negeri Sabah yang sesuai dengan saranan Allah SWT serta maqasid syariah itu sendiri dan pada masa yang sama beribadah sesuai dengan tuntutan syariat itu sendiri.

OBJEKTIF
βœ… Meningkatkan kesedaran berupa penghayatan diri terhadap bulan Ramadan dan ibadah puasa.

βœ… Memaknai kehidupan berkonsepkan manusia sebagai Hamba & Khalifah di muka bumi.

βœ… Penghayatan kerohanian melalui amalan fardhu, rukun iman & rukun Islam.

βœ… Memperkukuh kejituan rohani insan dalam memaknai gerak kerja dakwah lapangan

Program Ihya’ Ramadan adalah program tahunan ABIM Sabah sejak tahun 2010 dengan sasaran utama penyertaan daripada kalangan pelajar sekolah menengah, remaja & belia tetapi pada masa yang sama tidak pula menafikan penglibatan pelbagai peringkat umur secara tidak langsung termasuklah golongan dewasa, ibu bapa dan masyarakat setempat.

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti