ABIM DAN RAKYAT MALAYSIA ZAHIRKAN SOKONGAN PENUH ATAS KETEGASAN YAB PM DALAM ISU PALESTIN

March 18, 2024
Admin Abim

π—žπ—˜π—‘π—¬π—”π—§π—”π—”π—‘ π— π—˜π——π—œπ—” π—”π—•π—œπ— 

16 Mac 2024 / 6 Ramadan 1445H

ABIM DAN RAKYAT MALAYSIA ZAHIRKAN SOKONGAN PENUH ATAS KETEGASAN YAB PM DALAM ISU PALESTIN

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan seluruh warga Malaysia memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada ketegasan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang terus menzahirkan pendirian Malaysia dalam membela hak rakyat Palestin dan melawan hipokrasi negara barat di pentas antarabangsa.

Terkini, beliau telah menyatakan pendirian tegas Malaysia di hadapan Canselor Jerman, Olaf Scholz. Sebelumnya dalam Persidangan APEC 2023 di San Francisco, YAB Perdana Menteri turut mendesak Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden agar segera menghentikan pembunuhan kanak-kanak di Gaza.

Antara perkara dasar yang dibawa oleh Perdana Menteri dengan mengetengahkan konsep β€œpolitics of dispossession” yang diutarakan oleh pemikir besar Edward Said, merujuk kepada tindakan tidak berperikemanusiaan negara haram Israel dan warganya ke atas penduduk Palestin wajar dihormati.

Komitmen beliau terhadap perjuangan Palestin sentiasa membara semenjak 1970-an lagi, tatkala beliau memimpin gerakan madani sebagai Presiden ABIM. Beliau turut dikenali sebagai sosok yang konsisten memperjuang nasib rakyat yang ditindas dan dizalimi, mewakili pandangan masyarakat awam yang acapkali ditekan atau dipinggirkan oleh media arus perdana dan kuasa-kuasa besar.

Pendirian tegas YAB Perdana Menteri ini juga seharusnya meningkatkan iltizam seluruh rakyat Malaysia untuk terus berusaha sehingga hak rakyat Palestin terbela sepenuhnya bersandarkan pada lunas kemanusiaan sejagat dan undang-undang antarabangsa.

ABIM mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk melipatgandakan apa jua usaha agar suatu hari kelak Palestin akan terbela, rakyatnya merdeka dan keamanan di rantau itu dapat disuburkan semula.

Ahmad Fahmi bin Mohd Samsudin
Presiden
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR