
19 JUN 2025 – Alhamdulillah, ABIM dengan kerjasama Yayasan Taqwa telah mengedarkan bantuan persekolahan kepada pelajar-pelajar yang memerlukan di sekitar Hulu Selangor.

Bantuan kali ini merangkumi baju unit beruniform dan beberapa peralatan persekolahan asas bagi membantu ibu bapa meneruskan sesi persekolahan yang lebih lancar dan sempurna untuk anak-anak mereka. Turut hadir menyampaikan bantuan ialah Presiden ABIM, Saudara Ahmad Fahmi Mohd Samsudin dan Setiausaha Agung ABIM, Saudara Muhamad Aliemran Norasid.
Antara institusi pendidikan yang menerima manfaat ialah:
Sekolah Kebangsaan Ulu Yam Baru
Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali
Tahfiz Darul Huffaz
Pondok Mahfuzah
Bantuan persekolahan yang diedar merangkumi pakaian baju beruniform, bag sekolah dan buku tulis.

ABIM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yayasan Taqwa atas sumbangan dan kepercayaan yang diberikan. Semoga usaha ini menjadi amal jariah yang berterusan dan menyemai semangat kecintaan kepada ilmu dalam kalangan generasi muda.
