ABIM Ranau Teruskan Kembara Ramadan Siri Ke-15.

March 20, 2025
ABIM

Ranau, 12 Mac (Rabu) – Program Kembara Ramadan Siri 15 ABIM Ranau terus berlangsung dengan penuh keberkatan di Kampung Poropot, Ranau, menyemarakkan semangat Ramadan serta mempererat ukhuwah Islamiah dalam kalangan masyarakat setempat.

Pada hari keenam ini, program diserikan dengan pelbagai aktiviti bermakna, termasuk:

  1. Tahsin Wudhu dan Solat – Memperbaiki kefahaman serta penghayatan dalam berwuduk dan solat agar lebih sempurna.
  2. Ziarah Kasih Asnaf – Menyantuni serta menghulurkan bantuan kepada golongan asnaf, membawa kegembiraan dalam keberkatan Ramadan.
  3. Berbuka Puasa Berjemaah – Merapatkan silaturahim dengan berkongsi rezeki dalam suasana yang penuh kemesraan.
  4. Solat Tarawih Berjemaah – Menghidupkan malam Ramadan dengan ibadah yang penuh keikhlasan dan keinsafan.

Sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk kampung menunjukkan bahawa Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga bulan untuk memperkukuhkan hubungan dengan Allah dan sesama insan.

Kembara Ramadan ABIM Ranau akan terus menjelajah ke destinasi berikutnya, membawa misi ilmu, ibadah, dan kebajikan kepada lebih ramai masyarakat.

Kami juga mengalu-alukan sumbangan orang ramai dalam bentuk wang tunai, makanan, atau tenaga sukarelawan bagi menyokong usaha ini.

Sumbangan boleh disalurkan ke:

  • Nombor Akaun: 1102327568
  • Bank: Bank Rakyat
  • Pemilik Akaun: ABIM Cawangan Daerah Ranau

Untuk maklumat lanjut atau penyertaan sebagai sukarelawan, sila hubungi pautan berikut:
www.wasap.my/60192894490

Semoga setiap usaha ini menjadi asbab kebaikan dan keberkatan buat semua.

Disediakan oleh:
Ketua Penerangan
ABIM Ranau

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 2A/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR
Logo