
“Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bergema megah dalam suasana penuh semangat patriotik ketika Sambutan Pelancaran Bulan Kebangsaan 2025 anjuran SEMI ABIM Sungai Ramal yang meriah dan bermakna. Majlis diserikan dengan deklamasi sajak berjiwa negara yang membangkitkan rasa cinta tanah air, disusuli gimik pelancaran rasmi oleh Pengetua yang mencetuskan sorakan gemuruh warga sekolah.



Nyanyian lagu-lagu patriotik seperti Keranamu Malaysia dan Tanggal 31 pula menyemarakkan suasana kebersamaan, manakala penerangan mengenai pelbagai aktiviti sepanjang bulan Ogos mengajak semua turut serta menghayati erti kemerdekaan. Inilah wajah jati diri dan perpaduan yang terpancar dari warga SEMI ABIM Sungai Ramal, bersatu hati menyemarakkan semangat kebangsaan.
