
5 Mac 2026 – Seputar Shopping Raya@Ceria Aidilfitri Asnaf bersama ABIM. Ahmad Fahmi Mohd Samsudin, Presiden ABIM dan Pn. Aida Muslihah Jaimi, Ketua Biro Pembangunan Keluarga ABIM Pusat hadir sama menyantuni anak-anak ini. Turut hadir Sdr. Muhamad Adib Irfan, Presiden PKPIM.

Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) serta makanan berbuka puasa bagi setiap keluarga turut diagih.
Terima kasih kepada semua penyumbang! Terus berinfaq bersama ABIM! Anda hulurkan, Kami sampaikan.


