
9 November 2017, Seberang Jaya:- Seramai 100 orang aktivis ADAB Youth Garage – AYG, ABIM Selangor dan Pepias telah bertolak ke Pulau Pinang serta 30 org dari Pulau Pinang pada malam tadi dan tiba di sana Subuh pagi tadi. Para aktivis Skuad Prihatin ABIM selangor telah menjalankan misi pasca banjir iaitu projek suci cuci. Lokasi pertama misi adalah SMK DATO HJ AHMAD SAID.
