
Oleh: Zairudin Hashim
21hb Disember 2019: Alhamdulillah, bertempat di Auditorium Utama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak, telah berlangsung ‘Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Inisiatif Jasmine ash-Sham, Setiawangsa’ yang disempurnakan oleh YB Puan Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Malaysia.



Hadir sama, Sdr. Muhammad Faisal Abdul Aziz (Presiden ABIM) serta Sdr. Ahmad Fahmi Mohd Samsudin (CEO Global Peace Mission (GPM) Malaysia juga Naib Presiden ABIM).

Majlis ini bertujuan meraikan kejayaan anak-anak pelarian Syria dan Palestin yang berjaya dalam pelajaran di sekolah yang dikelolakan oleh agensi kemanusiaan ABIM iaitu Global Peace Mission (GPM) Malaysia, di bawah projek Malaysian Life Line for Syria (MLLFS) ini.

Kegembiraan terpancar di wajah ibu dan ayah mereka melihat kejayaan anak-anak ini.
Semoga usaha seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan memohon semua pihak untuk sama-sama membantu.
