
20hb April 2016 (Rabu): Alhamdulillah, hari ini para pelajar Sekolah Jasmine As-Shams (sekolah pelarian Syria di bawah kelolaan Malaysian Life Line For Syria) telah membuat persembahan ‘flash mob’ di Pusat Aktiviti Kebudayaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bersempena dengan Student Carnival 2016.
Terdahulu, pada 15hb April 2016, anak-anak Syurga ini turut membuat persembahan bertajuk “It’s Our Homeland” ketika Program Voice For Refugee di Shah Alam.

Sekolah yang terletak berhampiran dengan Sekretariat MLLFS di Seksyen 1, Wangsa Maju ini, menempatkan anak-anak pelarian Syria yang berada di sekitar Lembah Kelang.
