
13 Jun 2026 | Kompleks Sukan Komuniti FELDA Jelai:- Alhamdulillah, delegasi ABIM Daerah Tampin telah berpeluang menyertai program Fiesta Rakan Muda 2026 Peringkat Negeri Sembilan yang berlangsung dengan meriah di Kompleks Sukan Komuniti FELDA Jelai pada pagi ini.
Lebih menarik, ahli-ahli ABIM Tampin turut mengadakan konvoi motosikal dari Masjid Kampung Pondoi ke lokasi program sebagai simbol semangat kebersamaan dan sokongan terhadap usaha membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat. Konvoi tersebut telah diketuai oleh YDP ABIM Daerah Tampin, Iqbal Ibnu Arifin.


Selain itu, ABIM Tampin juga bersama-sama mengambil bahagian dalam aktiviti Fun Walk sejauh 5 kilometer yang menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat termasuk belia, keluarga dan komuniti setempat. Program yang telah disempurnakan oleh YB Dato’ Mohd Isam Bin Hj. Mohd Isa (Ahli Parlimen Tampin), ini menjadi platform terbaik dalam mengeratkan hubungan masyarakat serta memupuk amalan hidup sihat dan aktif.

Semoga penyertaan ini dapat terus menyemarakkan semangat kesukarelawanan, ukhuwah dan gaya hidup sihat dalam kalangan ahli ABIM serta masyarakat secara keseluruhannya.
