ABIM Gesa Kurangkan Rancangan & Aktiviti Hiburan Di Penghujung Ramadhan

July 22, 2014
editor-media

22 Julai 2014, Kuala Lumpur:- Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa pihak kerajaan khususnya agensi dibawah Kementerian Penerangan agar mengurangkan aktiviti berbentuk hiburan sepanjang akhir bulan Ramadan al-Mubarak ini. Kedapatan usaha-usaha pihak-pihak yang terlibat khususnya stesen radio dan televisyen menggerakkan program sambutan menjelang hari Raya Eidulfitri.

Sesungguhnya ABIM berpandangan bahawa pihak berwajib harus peka dan prihatin dengan suasana dan permasalahan terkini yang berlaku khususnya dibulan yang mulia ini. Ia termasuklah isu pembunuhan rakyat Islam di palestin oleh tentera israel yang amat mendukacitakan seluruh dunia. ABIM juga menyeru agar kempen digerakkan oleh seluruh rakyat malaysia agar mengurangkan aktiviti hiburan yang mana ia bertujuan untuk menghormati bulan Ramadan yang masih berbaki dan memberikan keselesaan kepada umat islam untuk beribadah dengan tenang sepanjang akhir Ramadan ini.

Program-program berbentuk kerohanian samada dari pelbagai agama juga wajar dijalankan agar dapat sama-sama mendoakan agar negara dihindari dari sebarang malapetaka pada masa akan datang. ABIM juga menarik perhatian agar pihak stesen televesyen supaya sama-sama kita menghormati bulan yang mulia ini disamping menghormati pristiwa yang amat besar dalam sejarah negara , termasuk kehilangan MH370 dan kes terbaru iaitu MH17 yang ditembak di Ukraine. Usaha ini juga bagi sama-sama menghormati saat kesedihan keluarga penumpang pesawat dan keluarga krew terbabit.

Hasri bin Harun, Naib Presiden

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 2A/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR
Logo