Kemaskini Misi Bantuan Banjir ABIM Selangor 2021: Hulurkan Tangan, Ringankan Beban

December 22, 2021
editor@abim

Alhamdulillah, sekitar 19-22hb Disember 2021, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Selangor bersama ADAB Youth Garage (AYG), Global Peace Mission (GPM) Malaysia dan Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS) terus menggerakkan Misi Bantuan Banjir 2021 ke seluruh pelusuk Lembah Kelang yang terkesan akibat musibah tersebut.

Di Kampung Sri Aman, Puchong, seramai 20 orang sukarelawan terlibat dalam misi membersihkan rumah dan kawasn yang mengalami banjir.

Pusat pengumpulan barang sumbangan kepada mangsa banjir di ADAB Youth Garage (AYG), Bandar Baru Bangi beroperasi menerima sumbangan daripada orang ramai. Bantuan ini untuk 500 buah keluarga di PPR Hicom, Shah Alam. Pasukan sukarelawan telah bertungkus-lumus mengumpul dan menyusun atur barang sumbangan sebelum diagihkan.

Tim Sukarelawan ABIM membeli barangan di Lotus’s Ampang (Tesco) sebelum bergerak ke Hulu Langat untuk membeli barang keperluan. Barang sumbangan turut dihantar ke Banting untuk mangsa banjir di sana.

Situasi di PPR Hicom, Seksyen, 26. Di sebelah Hicom ada sungai, bila banjir habis kawasan ini semua tenggelam. Air naik sampai paras lutut. Tiada bekalan air, elektrik apalagi makanan yang sudah terputus. Dengan bayi kecil, warga emas di dalam rumah. Sangat tertekan bagi mereka yang mengalaminya sekarang.

Hasil sumbangan orang ramai kepada ABIM, kami datang meredah kawasan banjir dengan lori. Bila bawa turun semua barang, ramai yang kerumun untuk datang ambil barang keperluan. Ada yang perlukan susu, lampin pakai buang., bekalan air, makanan. Alhamdulillah tim ABIM dapat salurkan sumbangan kepada mereka.

Tim sukarelawan seramai 20 orang di Masjid As-Solihin, Kampung Padang Jawa turut membersihkan kawasan masjid yang telah dilanda banjir. Para sukarelawan giat membahagikan barang bantuan banjir di Blok A, Pangsapuri Ken Rimba.

Menerima maklumat tentang mangsa banjir yang terpaksa tidur di kaki lima sepanjang Stesyen KTM Padang Jawa, Shah Alam. Skuad ABIM bergegas turun membantu dengan memberikan cadar, selimut, baju sejuk, kain pelikat dan tikar.

Misi Bantuan juga dijalankan di beberapa kawasan seperti di Klinik kesihatan Pelabuhan Klang.

ABIM Selangor juga terlibat dalam penyelaasan sumbangan dan bantuan daripada Menteri Besar Diperbadankan (MBI) Selangor kepada 7 buah pusat pemindahan sementara (PPS) utama kawasan DUN Sungai Kandis. Ribuan terima kasih kepada team MBI Selangor yang turut membantu.

Dewan Serbaguna Kampung Jawa telah dijadikan pusat logistik dan pengumpulan barang sumbangan utk seluruh PPS dibawah N49 Sg Kandis. Badan lain yang terlibat sama adalah PPAS, Mahasiswa KEADILAN Malaysia (MKM), GPMS Selangor, MRA, Team Selangor, Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Pasukan Darul Solihin.

Sukarelawan di DUAT, Sijangkang, Kuala Langat membantu mengagihkan barangan sumbangan untuk mangsa banjir. Barangan turut disalurkan kepada kumpulan sasar di SRA Kampung Jenderam Hilir dan sekitar Dengkil.

Bantuan barangan dari Sekretariat PEPIAS, Kampung Changkat, Gombak turut dihantar ke Hulu Langat. Di Sekretariat PEPIAS, Kampung Changkat, pihak kami masih menerima barang bantuan banjir dari orang ramai dan sedang sorting barang untuk diagihkan kepada mangsa banjir.

Beberapa sukarelawan di Gombak turut memberi sumbangan kepada mangsa tanah runtuh di Kampung Batu 12, Kampung Changkat, Gombak. Semoga penduduk yang lain berada dalam keadaan selamat

Sukarelawan ABIM di Hulu Langat juga membersihkan beberapa buah rumah penduduk Hulu Langat pada sebelah petang. Turut bertungkus lumus, para sukarelawan ABIM Kuala Selangor di beberapa lokasi antaranya di SK Sungai Terap dan SK Bukit Belimbing. 10 sukarelawan berada di Kampung Rantau Panjang, Kuala Selangor dan membantu membungkus dan membahagikan barangan bantuan untuk mangsa banjir.

Misi pembersihan pasca banjir dan misi bantuan agihan makanan juga diadakan di Ulu Semenyih, di mana para sukarelawan bergerak dengan 15 buah kenderaan.

Bantuan turut diteruskan ke Bangi Lama. Pelbagai barang bantuan diagihkan seperti kelengkapan kebersihan diri (hygiene kit), makanan, barang pembersihan serta keperluan membersihkan dan mengangkat barang.

Di Taman Sri Nanding, Hulu Langat, tim sukarelawan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hadir membantu ABIM. Kumpulan dibahagikan kepada 2 iaitu 1 kumpulan ke Masjid Sungai Serai, dan 1 kumpulan lagi membantu penduduk di taman ini. Bantuan turut dihantar ke Surau Mahabbah Taman Koperasi Uda, Hulu Langat di mana ada 30 orang menginap di sini.

Ayuh bersama gerakkan usaha dan keprihatinan kepada masyarakat sekeliling menerusi ABIM. Terima kasih kepada semua sukarelawan serta penderma yang budiman. Tetap tersenyum meskipun penat!

Moga Allah Subhanahu wa-Ta’ala redha segala penat lelah para sukarelawan. Semangat anak muda!


SERUAN BANTUAN KECEMASAN BANJIR SELANGOR

Kepada Allah Subhanahu wa-Ta’ala kita bergantung, sesama masyarakat dan rakyat kita tolong-menolong. “Memberi bukan tunggu ‘ada’; beramal bukan tunggu ‘kaya’. Menyumbang bukan kerana berada, tapi kerana faham rasanya tiada.”

Ayuh kita sama-sama menyumbang dan menghulurkan bantuan buat mereka yang diuji.

Sumbangan berbentuk barang keperluan, sukarelawan, kewangan ke Akaun 5621-0622-8176 (Maybank ABIM Selangor).

Sila hubungi: https://wa.me/60146173047

Hulurkan tangan, ringankan beban 🤍

Alhamdulillah, syukran. Salam keprihatinan & kasih sayang dari meja petugas lapangan ABIM.

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

#DaruratBanjir #RakyatJagaRakyat

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 2A/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR
Logo