ABIM Agih Kelengkapan Untuk Petugas Perubatan Tangani Covid-19
Pihak ABIM Pusat telah menerima sebanyak 1,400 pasang gaun bedah untuk diedarkan kepada kakitangan di hospital awam dan klinik yang memerlukan. Kesemua 1,400 gaun bedah itu akan diedarkan ke Klinik Kesihatan Kuala Lumpur, Hospital Putrajaya, Klinik Kesihatan Rembau (Negeri Sembilan) serta klinik kesihatan di sekitar Lembah Klang.
Selain gaun bedah, antara yang diserahkan adalah penutup mulut dan hidung, set sarung tangan pakai buang, pembersih tangan, makanan kering, buah-buahan dan air minuman.
Selain itu, ABIM bersama Projek Wawasan Rakyat (PoWR) dan portal GoJob.my turut menggerakkan Projek #Food4Frontliners, bagi mengagihkan tajaan makanan percuma kepada para petugas barisan hadapan syif malam di Hospital Serdang dan Hospital Sungai Buloh.
Terdahulu, ABIM bersama Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), GPM dan PoWR telah mengambil inisiatif melancarkan Tabung Khas untuk sebagai usaha untuk meringankan beban golongan wartawan lapangan yang terkesan.
Di seluruh negara, ABIM-ABIM Negeri bersama Badan Gabungan Negeri Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) turut menjalinkan kerjasama dengan Majlis Belia Malaysia (MBM) serta pelbagai Badan Masyarakat Madani (CSO), bagi menyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
—
SUMBANGANA BOLEH DISALURKAN UNTUK MENERUSKAN GERAK KERJA INI DI AKAUN BERIKUT:
BANK ISLAM: 14023010032527 (ABIM)
ATAU
MAYBANK: 564221610116