Kenyataan Media Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
10hb Oktober 2023
ABIM KECAM PENDIRIAN KONGRES UIGHUR SEDUNIA (WUC) TERHADAP PERJUANGAN RAKYAT PALESTIN
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengecam kenyataan Kongres Uighur Sedunia (World Uyghur Congress – WUC) yang mempertahankan tindakan tidak perikemanusiaan rejim Zionis Israel ke atas warga Palestin di Gaza khususnya.
Kenyataan WUC ini bertentangan dengan lunas-lunas yang diperjuangkan ke atas komuniti Uighur yang ingin mereka wakili.
ABIM menegaskan bahawa setiap kezaliman perlu dilihat dari perspektif hak asasi manusia, bukan ingin menjaga hati kuasa politik dunia tertentu.
ABIM juga menggesa masyarakat dunia untuk tidak menutup mata ke atas penindasan membabitkan etnik Uighur di China kerana ia adalah realiti yang sedang berlaku.
ABIM menggesa agar jangan dinafikan hak etnik Uighur untuk mendapatkan keadilan serta pembelaan manusiawi, hanya kerana pendirian kelompok tertentu – yang pastinya tidak menggambarkan pendirian sebenar komuniti Uighur secara keseluruhan.
Muhammad Faisal Abdul Aziz, Presiden ABIM.