angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

ABIM Kedah, ABIM Pulau Pinang & ABIM Kelantan Hantar Sukarelawan Ke Lokasi Banjir Di Selangor

ABIM Kedah, ABIM Pulau Pinang Dan ABIM Kelantan Hantar Sukarelawan Ke Lokasi Banjir Di Selangor

Alhamdulillah, para aktivis dan sukarelawan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dari Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak dan Kelantan menghantar para aktivis dan sukarelawan bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Selangor.

Mereka diperkuatkan lagi dengan angkatan sukarelawan Islamic Outreach ABIM, Global Peace Mission (GPM) negeri masing-masing, di samping tenaga muda daripada para aktivis badan gabungan negeri PKPIM.

Kenderaan pacuan empat roda, lori serta van bertolak ke Selangor dari arah Utara dan Pantai Timur bagi membantu mangsa-mangsa banjir di negeri terbabit.

Ternyata para penduduk Pantai Timur dan Utara tanah air tidak teragak-agak untuk membalas budi para aktivis Lembah Kelang yang tidak pernah gagal turun membantu setiap kali misi banjir dijalankan di negeri-negeri tersebut.


“Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui hati kami. Kami telah berkumpul kerana cinta-Mu, dan berjumpa dalam ketaatan pada-Mu, dan bersatu dalam dakwah-Mu, dan berpadu dalam membela syariat-Mu.

Maka Ya Allah, kuatkanlah ikatannya, kekalkanlah cintanya, tunjukkanlah jalannya, penuhilah ia dengan cahaya yang tiada redup, dan lapangkanlah dada-dada dengan iman yang berlimpah kepada-Mu. Serta indahnya takwa kepada-Mu, dan hidupkan ia dengan ma’rifat-Mu, dan matikan ia dalam syahid di jalan-Mu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah, kabulkanlah.”

Ayuh bersama gerakkan usaha dan keprihatinan kepada masyarakat sekeliling menerusi ABIM. Terima kasih kepada semua sukarelawan serta penderma yang budiman. Tetap tersenyum meskipun penat!

Moga Allah Subhanahu wa-Ta’ala redha segala penat lelah para sukarelawan. Semangat anak muda!


SERUAN BANTUAN KECEMASAN BANJIR SELANGOR

Kepada Allah Subhanahu wa-Ta’ala kita bergantung, sesama masyarakat dan rakyat kita tolong-menolong. “Memberi bukan tunggu ‘ada’; beramal bukan tunggu ‘kaya’. Menyumbang bukan kerana berada, tapi kerana faham rasanya tiada.”

Ayuh kita sama-sama menyumbang dan menghulurkan bantuan buat mereka yang diuji.

Sumbangan berbentuk barang keperluan, sukarelawan, kewangan ke Akaun 5621-0622-8176 (Maybank ABIM Selangor).

Sila hubungi: https://wa.me/60146173047

Hulurkan tangan, ringankan beban!

Alhamdulillah, syukran. Salam keprihatinan & kasih sayang dari meja petugas lapangan ABIM.

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

#DaruratBanjir #RakyatJagaRakyat