ABIM Kedah Bantu 100 Penduduk Terkesan Dengan PKPD Sekitar Alor Setar. - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

ABIM Kedah Bantu 100 Penduduk Terkesan Dengan PKPD Sekitar Alor Setar.

16 September 2020, Kuala Muda:- ASPIRASI Peduli Ummah bersama penduduk Taman Bandar Perdana telah bekerjasama mengadakan gotong-royong membungkus 100 bungkusan makanan kering pada 16 September 2020 untuk disumbangkan kepada penduduk Alor Setar yang dikenakan PKPD secara pentadbiran.

Barangan asas seperti beras, makanan tin, kicap, sos dan gula ini diharap dapat meringankan sedikit bebanan penduduk yang sedang berdepan dengan ujian Covid-19 ini.

PKPD Alor Setar 2

YDP ABIM Kuala Muda, Ustaz Azfar Abdullah bersama Pengerusi ASPIRASI ABIM Kuala Muda, Dr Amir Mohd Nason turut serta dalam menjayakan program gotong-royong pembungkusan bantuan makanan dan Program Memasak Bubur Asyura peringkat Taman Bandar Perdana yang dijalankan bersama ini .

PKPD Alor Setarjpg

Terima kasih kepada penyumbang yang telah memberi sumbangan ini. Semoga sumbangan dan sedekah ini diredhai oleh Allah taala serta mendapat ganjaran rezeki berlipat ganda pada masa akan datang.