ABIM Kedah, GPM & NGO Lain Turun Padang Bantu Mangsa Banjir yang Terjejas

November 12, 2021
editor@abim

ABIM Kedah, GPM & NGO Lain Turun Padang Bantu Mangsa Banjir yang Terjejas

5hb November 2021: Alhamdulillah, kolaborasi bersama ABIM Kedah dan beberapa NGO lain seperti WADAH-ABIM-PEMBIMBING Pulau Pinang, WADAH-PKPIM Kedah, Global Peace Mission (GPM) Malaysia Pulau Pinang, Muhsinin Utara, Aspirasi Peduli Ummah, Pertubuhan Peduli Insan Malaysia, yang turun padang membantu mangsa banjir sekitar Alor Setar dan Pendang.

Telah disantuni 55 buah keluarga, 35 buah rumah yang terkesan banjir dan 20 buah rumah yang dikepung dan dikelilingi oleh banjir. Serahan set kit kebersihan diri, pek makanan dan air mineral. Misi ini akan sentiasa digerakkan hingga ke akhir Disember ini.

Pada 6hb November 2021 pula,  35 set alatan pembersihan seperti sabun cuci, penolak air dan lain-lain bagi meringankan beban keluarga di Pendang yang terjejas banjir dalam pembersihan rumah mereka. Sebelum ini, mereka telah menerima Set Keperluan Dapur dan Makanan Kering hasil sumbangan orang ramai melalui Kempen Misi Bantuan Kemanusiaan WADAH-ABIM-PKPIM (WAP) Kedah.

Sesungguhnya hadir bencana alam tanpa kita minta, lantaran bencana alam ini berlaku atas kehendak Tuhan, pencipta segala kehidupan. Bencana alam ini berlaku tidak kira tempat ataupun waktu.

Sekretariat Bantuan kemanusiaan telah dibuka di Kompleks Pendidikan Al Hikmah, Jalan Datuk Kumbar Alor Setar.

Jom bersama kami berkongsi rasa dan kasih dalam membantu kaum keluarga dan sahabat kita yang diuji musibah ini.

Terima kasih kepada semua sukarelawan serta penderma yang budiman.

Kepada Allah Subhanahu wa-Ta’ala kita bergantung, sesama masyarakat dan rakyat kita tolong-menolong.


“Memberi bukan tunggu ‘ada’; beramal bukan tunggu ‘kaya’. Menyumbang bukan kerana berada, tapi kerana faham rasanya tiada.”

Salurkan sumbangan seikhlas hati anda di sini:

Bank Islam: 14-023-01-003-055-2

Rujukan: #kssbABIM2021

Atau klik :

https://www.billplz.com/kssb-abim

Salam keprihatinan & kasih sayang dari meja petugas lapangan ABIM.

#ABIMdiHatiku #YaAllahSelamatkanMalaysia

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR